Saturday, November 8, 2014

Bee Hoon Goreng Singapore



100 gm bee hoon
40 gm tauge
20 gm kobis - dihiris
1 batang carrot - dihiris halus memanjang
1 biji telur - didadar nipis dan dihiris
6 biji fish ball 
1 biji cili merah - dihiris
2 sb minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Bahan tumbuk :
3 sb udang kering
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

1.  Tumis bahan tumbuk hingga garing. Masukkan fish ball dan goreng sekejap.

2.  Masuk pula kobis dan carrot.  Balik-balikkan sekejap dan masuk pula bee hoon yang telah direndam.

3.  Akhir sekali masukkan tauge dan garam. Gorengkan sekejap supaya tauge tu tak terlalu lembik.  

4.  Masa hidang taburkan telur dadar yang dihiris tadi dan bawang goreng.  Kalau nak pedas sikit, boleh letak cili padi hiris.


____________________________________________________

Satu lagi versi bee hoon goreng singapore. 



1.  Tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan. Masuk sawi, fish ball dan carrot.  

2.  Bila sawi dah mula layu, masuk bee hoon.  Lepas itu masuk tauge dan garam.  Tabur cili merah dan bawang goreng.





No comments:

Post a Comment