Tuesday, November 11, 2014

Rempeyek Kacang Dhal




1 cawan dhal gram
1 cawan tepung beras
1 cawan santan cair
1 biji telur
1/2 st air kapur
1 sb garam

Bahan kisar :
2 ulas bawang putih
2 sb ketumbar
2 sb jintan manis
1 st jintan putih
2 sb udang kering

1.  Kacang dhal direndam semalaman dan toskan.  Satukan semua bahan dan dikacau menggunakan whisk hingga tidak ada tepung yang bergentel.  


2.  Panaskan minyak dalam kuali besar.  Sambil tu siramkan minyak panas tu di tepi-tepi permukaan kuali.  Ambil sesenduk adunan tadi dan tebarkan di tepi-tepi permukaan kuali tu.  Siram-siramkan tebaran adunan dhal itu dengan minyak panas sehingga ia lekang dan melurut ke dalam minyak.


3.  Gorenglah hingga garing.  Toskan dan simpan dalam bekas kedap udara.



No comments:

Post a Comment