Friday, January 24, 2020

Spaghetti & Ricotta Sauce




100gm spaghetti
2 keping isi ayam
2 sb parmesan cheese
3 sb minyak 
sedikit oregano

Bahan untuk sos :
2 sb ricotta cheese
5 tangkai kacang pea
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 cawan cooking cream
sedikit serbuk lada hitam
garam secukup rasa

1.  Spaghetti direbus hingga kenyal dan lembut (al-dente).  Letak butter, gaul-gaul dan toskan.



2.  Bawang besar dan bawang putih didadu kecil.  Kacang pea dipotong serong.  

3.  Panaskan minyak.  Tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan.

3.  Masuk lada hitam, kacang pea dan garam.  Biarkan sekejap dan tuangkan cooking cream bersama ricotta cheese.  



4.  Bila mendidih tuangkan atas spaghetti tadi.  Jangan masak hingga terlalu pekat atau kering.  Kalau dah terlalu kering, masukkan sedikit air rebusan ayam/daging.





5.  Taburkan parmesan cheese dan oregano.  Hidangkan bersama ayam goreng.  Makan semasa panas. 





No comments:

Post a Comment