Saturday, January 25, 2020

Pop Corn Caramel




Bahan untuk jagung :
1 cawan jagung kering
1 sb planta 
2 sb minyak masak

1.  Panaskan planta dan minyak dalam kuali besar.  Pastikan kuali itu ada penutupnya.



2.  Masukkan jagung dan tutupkan.  Gunakan api sederhana dan biarkan hingga terdengar bunyi meletop-letop dalam kuali tu.  Jika rasa kuali terlalu panas boleh kecilkan api atau tutup api sekejap.  



Biarkan hingga tiada lagi bunyi meletop.  Maka jadilah berteh jagung.  Tapi nak makan macam tu aje tentulah tak sedap kan.  Jadi kita buatkan karamelnya.  Selain karamel, boleh gunakan madu.  Taburkan terus madu itu ke dalam bertih jagung itu dan digaul hingga rata.



Bahan untuk karamel :
1 cawan gula pasir
1 sb planta

1.  Masukkan gula dalam kuali.  Masak hingga gula itu cair dan bertukar menjadi warna keperangan.  Masukkan planta dan biar planta itu cair.  Pastikan jangan terlalu gelap warna karamel itu nanti pahit sangat pulak rasanya.  



2.  Kemudian taburkan caramel itu atas bertih jagung tadi dan digaul cepat-cepat.  Boleh digaul separuh-separuh supaya tidak berselerak semasa mengaulnya.  Selain caramel boleh sirakan dengan madu juga.




4.  Simpan dalam bekas kedap udara.  Jika dah kurang rangup boleh dihangatkan sekejap dalam oven dengan suhu yang rendah.







No comments:

Post a Comment