Wednesday, January 22, 2020

Roti Goreng Inti Coklat Cadbury




1 paket roti Gardenia
1 keping coklat Cadbury
1 sb tepung gandum
2 sb air
1 cawan minyak untuk mengoreng

1.  Roti Gardenia dibuang kulit tepinya.  Sebiji kuih perlukan 2 keping roti.

2.  Coklat Cadbury dipotong 2 bar bagi setiap biji kuih.  Boleh aje gunakan coklat Cadbury yang jenis loose sekeping-sekeping. 



3.  Tepung gandum dibancuh dengan air untuk dijadikan gam.




4.  Letakkan sepotong coklat Cadbury atas sekeping roti.  Sapukan gam tepung di tepi-tepi roti itu.  Kemudian letakkan sekeping lagi roti tadi di atasnya.  Tekankan tepinya dengan garfu supaya tidak terbuka semasa menggoreng.



5.  Panaskan minyak dan goreng hingga garing kekuningan.  Toskan dan boleh dihidangkan.



Roti yang belum digoreng boleh disimpan dalam peti ais.  Ia boleh terus digoreng apabila dikeluarkan dari peti ais.  Pastikan minyak panas dan api sederhana.





No comments:

Post a Comment