10 gm serbuk agar-agar
750 ml air
150 gm gula pasir
1 bungkus biskut Oreo
400 ml susu cair
3 sb serbuk koko
1. 4 keping biskut oreo dikisar hingga halus. Tekan-tekankan serbuk biskut di dasar acuan. Ketepikan.
2. Masukkan serbuk agar-agar, air dan gula pasir dalam periuk. Masak hingga semuanya larut.
3. Kemudian masukkan susu cair. Masak lagi hingga mendidih. Keluarkan kira-kira 2 cawan untuk dicampurkan dengan serbuk koko.
4. Adunan putih itu dicampurkan dengan biskut oreo yang telah dipatah-patahkan.
5. Tuangkan adunan itu ke dalam acuan tadi. Biar ia keras sedikit baru dituankan adunan koko. Jika adunan putih itu terlebih keras, cakarkan dengan garfu di permukaannya supaya adunan koko itu melekat.
Bahan untuk jagung :
1 cawan jagung kering
1 sb planta
2 sb minyak masak
1. Panaskan planta dan minyak dalam kuali besar. Pastikan kuali itu ada penutupnya.
2. Masukkan jagung dan tutupkan. Gunakan api sederhana dan biarkan hingga terdengar bunyi meletop-letop dalam kuali tu. Jika rasa kuali terlalu panas boleh kecilkan api atau tutup api sekejap.
Biarkan hingga tiada lagi bunyi meletop. Maka jadilah berteh jagung. Tapi nak makan macam tu aje tentulah tak sedap kan. Jadi kita buatkan karamelnya. Selain karamel, boleh gunakan madu. Taburkan terus madu itu ke dalam bertih jagung itu dan digaul hingga rata.
Bahan untuk karamel :
1 cawan gula pasir
1 sb planta
1. Masukkan gula dalam kuali. Masak hingga gula itu cair dan bertukar menjadi warna keperangan. Masukkan planta dan biar planta itu cair. Pastikan jangan terlalu gelap warna karamel itu nanti pahit sangat pulak rasanya.
2. Kemudian taburkan caramel itu atas bertih jagung tadi dan digaul cepat-cepat. Boleh digaul separuh-separuh supaya tidak berselerak semasa mengaulnya. Selain caramel boleh sirakan dengan madu juga.
4. Simpan dalam bekas kedap udara. Jika dah kurang rangup boleh dihangatkan sekejap dalam oven dengan suhu yang rendah.
100gm spaghetti
2 keping isi ayam
2 sb parmesan cheese
3 sb minyak
sedikit oregano
Bahan untuk sos :
2 sb ricotta cheese
5 tangkai kacang pea
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 cawan cooking cream
sedikit serbuk lada hitam
garam secukup rasa
1. Spaghetti direbus hingga kenyal dan lembut (al-dente). Letak butter, gaul-gaul dan toskan.
2. Bawang besar dan bawang putih didadu kecil. Kacang pea dipotong serong.
3. Panaskan minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan.
3. Masuk lada hitam, kacang pea dan garam. Biarkan sekejap dan tuangkan cooking cream bersama ricotta cheese.
4. Bila mendidih tuangkan atas spaghetti tadi. Jangan masak hingga terlalu pekat atau kering. Kalau dah terlalu kering, masukkan sedikit air rebusan ayam/daging.
5. Taburkan parmesan cheese dan oregano. Hidangkan bersama ayam goreng. Makan semasa panas.
1 paket roti Gardenia
1 keping coklat Cadbury
1 sb tepung gandum
2 sb air
1 cawan minyak untuk mengoreng
1. Roti Gardenia dibuang kulit tepinya. Sebiji kuih perlukan 2 keping roti.
2. Coklat Cadbury dipotong 2 bar bagi setiap biji kuih. Boleh aje gunakan coklat Cadbury yang jenis loose sekeping-sekeping.
3. Tepung gandum dibancuh dengan air untuk dijadikan gam.
4. Letakkan sepotong coklat Cadbury atas sekeping roti. Sapukan gam tepung di tepi-tepi roti itu. Kemudian letakkan sekeping lagi roti tadi di atasnya. Tekankan tepinya dengan garfu supaya tidak terbuka semasa menggoreng.
5. Panaskan minyak dan goreng hingga garing kekuningan. Toskan dan boleh dihidangkan.
Roti yang belum digoreng boleh disimpan dalam peti ais. Ia boleh terus digoreng apabila dikeluarkan dari peti ais. Pastikan minyak panas dan api sederhana.
300 gm nasi sejuk
100 gm tempe
1/4 cawan ikan bilis
4 biji cili merah
3 biji cili padi
10 tangkai kacang pea
1/4 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji telur
3 sb minyak untuk menumis
garam secukup rasa
1. Tempe dihiris nipis dan digoreng hingga garing. Lepas itu ramaskan supaya berderai. Ikan bilis digoreng garing dan toskan.
2. Cili merah dan cili padi digoreng hingga layu dan ditumbuk. Kacang pea, bawang besar dan bawang putih dihiris.
3. Panaskan minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan.
4. Masuk cili tumbuk dan tumis sekejap. Masuk kacang pea dan pecahkan telur ke dalamnya. Gaulkan dan tumis lagi hingga garing.
5. Kemudian masukkan nasi sejuk. Gaul hingga rata. Akhir sekali masuk garam dan tempe. Masak lagi 3 minit. Angkat.
.
200 gm tempe
100 gm ikan bilis
200 gm cili merah
10 biji cili padi hijau
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 cawan minyak untuk menggoreng
garam dan gula secukup rasa
1. Tempe dipotong nipis. Panaskan minyak dan goreng tempe hingga garing. Toskan.
2. Goreng pula ikan bilis hingga garing dan toskan.
3. Cili merah, cili padi, bawang besar dan bawang putih dipotong-potong dan digoreng sekejap hingga layu. Lepas itu tumbuk bahan-bahan yang digoreng itu.
4. Bekas minyak menggoreng tadi ditumiskan bahan tumbuk tadi hingga pecah minyak. Masukkan garam dan sedikit gula.
5. Akhir sekali masukkan tempe dan ikan bilis tadi. Gaul-gaulkan hingga rata dan kering. Angkat.
250 gm peria katak
1 liter minyak untuk menggoreng
Bahan saduran :
3/4 cawan tepung sagu
1/4 cawan tepung beras
1 sb serbuk ketumbar
1/2 biji telur
1/2 cawan air
sedikit serbuk lada sulah
garam secukup rasa
1. Peria katak dipotong dua dan dikeluarkan isi dalamnya. Sagat nipis peria itu dan rendam dengan air garam dalam 1/2 jam. Lepas itu bilas air itu beberapa kali hingga tiada lagi buih-buih. Perahkan perlahan-lahan peria itu atau toskan hingga tidak berair.
2. Satukan bahan saduran hingga menjadi beter yang tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
3. Masukkan peria tadi ke dalam bahan saduran itu. Gaulkan hingga rata.
4. Panaskan minyak. Masukkan peria tadi sekeping-sekeping supaya tidak melekat. Goreng hingga garing. Toskan. Simpan dalam bekas kedap udara.
250 gm bayam
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
7 biji fish ball
1 sb minyak untuk menumis
2 cawan air
sedikit soun
garam secukup rasa
1. Bersihkan bayam. Sayur bayam ni kena dibasuh berkali-kali sebab banyak pasir-pasir halus.
Bawang merah dan bawang putih ditumbuk kasar. Cili merah dihiris. Fish ball dibelah dua. Soun direndam hingga kembang.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk, cili merah dan fish ball hingga naik bawang kekuningan.
3. Lepas itu masuk air, bayam dan garam. Bila mendidih masukkan soun. Masak sekejap dan tutup api.
Renginang ni serupalah inang-inang kalau kat Melaka. Orang Indon yang sebut rengginang. Dulu aku pernah makan renginang yang dibeli dari orang Indon yang tinggal di Ampang. Sekarang tak tahu kat mana dia.
Sedap rasa renginang bawang putih ni. Sebab teringin nak makan, aku cubalah buat. Aku cari di youtube cara-cara membuatnya.
500 gm beras pulut
6 ulas bawang putih - ditumbuk halus
2 helai daun pandan
garam secukup rasa
1. Rendam beras pulut semalaman. Toskan dan kukus hingga pulut dengan daun pandan hingga masak. Keluarkan dari kukusan dan digaul-gaulkan sambil direnjis dengan sedikit air. Kukus lagi. Ulang lagi hingga pulut betul-betul masak.
2. Akhir sekali gaulkan bawang putih dan garam hingga rata. Kukus sekejap.
3. Keluarkan pulut dan ratakan pulut atas dulang. Kalau nak diterap bulat pun boleh. Tapi aku hanya ambil sedikit dan ratakan bulat dan susun atas dulang.
4. Jemurkan renginang itu bawah panas matahari hingga kering. Mungkin ambil masa 2-3 hari bergantung pada cuaca. Kalau musim hujan, tak payahlah buat nanti pulut tu berkulat.
5. Bila dah kering, bolehlah digoreng dalam minyak yang banyak. Masa menggoreng tu kena digoyang-goyangkan pulut tu supaya pulut itu kembang dan rangup. Simpan dalam bekas kedap udara dan boleh dimakan sebagai kudapan.