Wednesday, October 7, 2015

Kek Belacan Sarawak




200 gm mentega
200 gm gula pasir
1 st esen vanila
3 sb ovalette
200 gm serikaya
200 ml whipping cream
10 biji telur
1 cawan susu pekat
2 cawan tepung gandum
2 sb koko
1/4 cawan horlicks
3 sb browning sugar

1.  Ayak tepung, koko dan horlicks. Ketepikan.  Sementara itu, didihkan air dalam periuk pengukus.



2.  Pukul mentega dan gula hingga kembang.




3.  Masuk esen vanila dan ovalette.  Pukul hingga sebati.  

4.  Masuk pula serikaya dan pukul lagi hingga sebati.  

5.  Kemudian baru masuk telur satu persatu sambil dipukul hingga sebati gunakan whisk.



6.  Seterusnya masukkan susu pekat dan whipping cream.  Pukul lagi hingga sebati.

7.  Masuk pula campuran tepung yang telah diayak tadi dan pukul lagi hingga sebati.



8.  Akhir sekali masukkan browning sugar.  Browning sugar ni susah nak dapat kat Semenanjung.  Aku beli online dari Sarawak.  Gulanya likat dan hitam.  Gaul lama sikit supaya sebati.



9.  Masukkan adunan dalam acuan yang telah dilengserkan dengan mentega dan ditabur sedikit tepung.  Jangan lupa tutup permukaan loyang kek dengan wrapping plastic atau aluminium foil supaya wap dari proses mengukus tidak jatuh atas kek.

10.  Kukus kek selama 2 jam atau sebaiknya hingga 4 jam kalau ikut resipi asal.



Hadoiii...ini lah rupa permukaan kek bila terlupa nak tutup loyang kek dengan wrapping plastic atau aluminium foil.  




Sememangnya kek ni ada rupa belacan...
dengan rupanya yang lembab....moist sangat.

Tapi perlu ingat, selepas dikeluarkan dari pengukus, biarkan kek sejuk dalam 10 minit atau sehingga bahagian tepinya lekang dari acuan.  Selepas itu ia akan mudah dikeluarkan dari acuan.




No comments:

Post a Comment