Monday, October 26, 2015

Nangka Muda Masak Lemak Berempah



3 papan nangka muda
1 biji kelapa parut 
2 batang serai - dititik
1 helai daun kunyit - disiat-siatkan
1 keping asam keping
garam

Bahan kisar :
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sb udang kering
1 sb cili kisar 
10 biji cili padi 
2" kunyit hidup
1 sb ketumbar biji
1sb jintan manis
1 st jintan putih
1 st lada hitam

1.  Nangka muda dipotong-potong dan direbus hingga empuk.  Proses ini makan masa agak lama.  Kemudian toskan.


2.  Kelapa parut diperah.  Perahan pertama menggunakan 1 cawan air.  Asingkan.  Perahan kedua menggunakan 3/4 cawan air.  Penggunaan air bergantung juga kepada kepekatan santan.


Kalau guna santan kotak, asingkan sedikit bagi memekatkan kuah jika kuah menjadi cair semasa mendidih.

3.  Masukkan santan perahan kedua ke dalam periuk bersama bahan kisar.  Biarkan mendidih dengan api yang kecil.  Proses didihan pertama ini boleh menjadikan kuah nampak cair jika tidak dikacau selalu.  

Tapi jangan risau...santan dari perahan pertama yang akan memekatkan kembali kuah masak lemak kita.

4.  Bila telah mendidih, masukkan nangka yang direbus tadi, santan perahan pertama, serai, daun kunyit, asam keping dan garam.
Kacau-kacau selalu sampai mendidih.  Tutup api.



No comments:

Post a Comment