Saturday, October 24, 2015

Keledek Rebus


Lepas buat cucur badak, keledek masih ada lebih lagi.  Teringin pulak nak minum petang yang simple aje.



Bila cite bab bahan terlebih ni, teringat aku masa mula-mula belajar buat kuih Tumpi dari kakak ipar aku.  Kakak ipar aku tu orang Batu Pahat dan memang teror ar bab buat Tumpi ni.  Bila time aku cuba buat sendiri,  haru-biru-unggu-kuning semua ada.  

Bila adunan tu cair aku tambah tepung.  Bila dah terlebih tepung, aku tambah santan lagi....berulang-ulang kat 3-4 kali........akhirnya adunan tu dah jadi hampir sebesen. Jenuh aku nak habiskan memasaknya.  Macam nak berniaga plak. Tapi yang bestnya..hasilnya menjadi. 

Keledek rebus ni kalau guna keledek unggu lagi sedap.  Manis rasanya.  Tak perlu nak cicah dengan apa-apa pun sedap.  Itu pada tekak aku lah.  

400 gm ubi keledek
2 liter air
garam secukup rasa
1/2 biji kelapa parut putih sahaja
1 cawan gula merah

Sebelum rebus keledek tu, bersihkan kotoran dan akar-akar pada keledek itu.  Rebuslah keledek dalam periuk dengan air yang banyak bersama garam secukup rasa.

Rebus hingga keledek lembut.  Selain direbus, boleh juga dikukus. Semasa mengukus, kenalah top-up air selalu sebab proses mengukus itu agak memakan masa jugak.


Bila nak makan, kupaslah kulit keledek itu.  Memang sedap dicicah dengan kelapa parut dan gula merah.


No comments:

Post a Comment