Sunday, October 18, 2015

Apple Galette



1 keping puff pastry 
1 biji epal - dibuang kulit dan dipotong nipis
1 biji kuning telur + 1 sb air 
1/2 cawan frangipane (almond cream)
sedikit gula ising

Cara membuat frangipane :
1/2 cawan (60 gm) badam kisar
1 sb tepung gandum
1/8 st garam
1/4 cawan (50 gm) gula halus
4 sb butter
1 biji telur
1/2 st esen vanila

1.  Campurkan semua bahan untuk membuat frangipane dan digaul hingga sebati.  Aku campurkan sedikit badam yang dikisar kasar.


2.  Potongkan puff pastry ikut suka.  Puff pastry ini boleh dibeli di supermarket.  Susunkan puff pastry di atas baking tray yang telah dialas dengan baking paper.


3.  Sapukan frangipane.  Selain frangipane, boleh juga disapukan dengan apple sauce.  Kemudian susunkan potongan epal.  Sapukan campuran kuning telur di atas epal dan puff pastry.



4.  Bakar pada suhu 180c lebih kurang 20 minit atau hingga kekuningan.  Semasa masih panas, taburkan sedikit gula ising di atasnya.



No comments:

Post a Comment