Tuesday, October 13, 2015
Inti Karipap
Ada banyak versi inti karipap ni. Kebiasaannya bahan asas yang digunakan adalah :
1. Kentang
2. Bawang besar
3. Daging cincang/Udang kering
4. Rempah kari
5. Daun sup
Selain kentang, ada yang gunakan keledek atau dicampurkan sekali keledek dan kentang.
Selain daging pula, boleh gunakan ayam. Kalau tak makan daging atau ayam, boleh perasakan dengan udang kering. Kalau udang kering pun tak suka....haaah letak bawang banyak sikit.
Selain daun sup pula, ada yang letak daun bawang atau daun ketumbar.
Sebenarnya...dah banyak kali mencuba buat inti karipap berkari ni tapi tak berapa menjadi. Inti yang aku buat tu akan jadi pahit-pahit sikit. Tak tahulah dimana silapnya. Puas bertanya di sana-sini....kaedah membuatnya sama sahaja. Sebab itu aku lebih kerap menggunakan sardin untuk inti.
Yang ini aku cuba lagi dan alhamdulillah....
400 gm kentang
1 biji bawang besar
3 sb udang kering
1 sb cili kisar
4 sb rempah kari
1 pokok daun sup
1 sb asam jawa
1/4 cawan air biasa atau air rebusan ayam/daging
garam secukup rasa
1. Kentang dan bawang besar dipotong dadu kecil-kecil.
2. Udang kering ditumbuk/dikisar halus. Asam jawa diramas dengan sedikit air.
3. Rempah kari dicampurkan dengan cili kisar dan sedikit air.
4. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar hingga agak layu.
5. Masukkan campuran rempah kari, udang kering, kentang, garam, air asam dan air biasa atau air rebusan daging/ayam bagi mengempukkan kentang.
6. Apabila kentang dah empuk, masukkan daun sup.
Labels:
Kentang/Ubi,
Rempah/Paste/Sos
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment