Wednesday, October 21, 2015

Lemon Ricotta Cheese Cake



Bahan untuk lapisan bawah kek :
2 cawan biskut marie - coklat
1/2 cawan gula halus
1/4 st garam
7 sb butter

Cara menyediakan lapisan bawah kek :
Biskut marie dikisar menjadi serbuk.  Campurkan semua bahan dan gaulkan dengan hujung jari menggunakan kaedah gaul dan ramas. 

Ambil loyang kek jenis yang boleh dibuka berukuran 8". Masukkan campuran biskut tadi ke dalam acuan dan tekan-tekankan sehingga padat.  Masukkan dalam fridge sementara menyediakan filling.  



Cheesecake Filling :
8 oz cream cheese
1 cawan ricotta cheese 
1 1/4 cawan gula halus
2 st esen vanila
3 biji telur
2 biji kuning telur
2 sb tepung gandum
3/4 cawan jus lemon
2 st parutan kulit lemon

1.  Panaskan oven pada 325F.

2.  Pukul cream cheese dan ricotta cheese sehingga lembut.  Aku guna ricotta cheese buatan sendiri....resipi di sini.

3.  Masuk gula dan esen vanila.  Pukul lagi.

4.  Masuk telur dan kuning telur satu persatu sambil dipukul.

5.  Masukkan tepung diikuti dengan jus lemon dan parutan kulit lemon.  Gaul rata.

6.  Keluarkan loyang kek yang berisi campuran biskut tadi (crust) dari fridge.  Masukkan filling ke dalamnya.   Balutkan bahagian bawah loyang kek dengan aluminium foil dan letakkan loyang kek itu ke dalam satu lagi loyang kek yang lebih besar.  Masukkan air mendidih ke dalam loyang yang besar itu.  Kek ini dimasak menggunakan teknik 'steam-bath'.  Ini bagi mengelakkan kek retak.

7.  Bakar kek selama 1 jam 20 minit.  Dalam tempoh ini, tambah air jika perlu.  Bila kek telah masak, tutup api oven dan biarkan kek itu di dalam oven selama 45 minit dengan pintu oven masih bertutup.



8.  Selepas itu, keluarkan kek.  Lalukan pisau di bahagian tepi kek dan biarkan kek masih di dalam loyang lagi 15 minit.  Kemudian tutupkan permukaan acuan kek dengan wrapping plastik dan simpan dalam fridge sekurang-kurangnya 6 jam.  Selepas itu barulah dikeluarkan dan dipotong.



Teknik memotong cheese kek....lapkan pisau dari bekas potongan setiap kali memotong bagi mengelakkan potongan itu comot.


No comments:

Post a Comment