Tuesday, October 13, 2015

Pie Pastry


Sukatan ini adalah untuk bekas pie saiz besar.  Kalau yang saiz kecil tu gunakan separuh adunan sahaja.

2 1/2 cawan tepung gandum
200 gm unsalted butter
3/4 st garam
150 ml air sejuk (dari peti sejuk)

1.  Butter perlulah disejukkan dalam peti sejuk.  Potong ketul-ketul kecil.

2.  Campurkan tepung dan garam.  Masukkan ketulan-ketulan butter tadi dan dengan menggunakan kaedah gaul dan ramas, gaulkan ia sehingga menjadi berderai seperti serbuk roti. 


3.  Masukkan air sejuk (kena betul-betul sejuk) sedikit demi sedikit dan gaulkan sehingga menjadi doh yang lembut.  Mula-mula tu ia memang agak melekit.  Lebih mudah, ulikan di atas papan pencanai yang lebar yang telah ditabur dengan sedikit tepung.  Balut doh itu dengan wrapping plastik dan simpan dalam peti sejuk selama 1 jam. 



Kemudian bolehlah digunakan.  Dicanai mengikut saiz acuan  Boleh juga digunakan untuk buat dessert yang berbagai-bagai.







No comments:

Post a Comment