Thursday, October 25, 2012

Ubi Kayu Perisa Cajun



400 gm ubi kayu
2 sb cajun seasoning
1 cawan minyak untuk menggoreng
garam secukup rasa

1.  Ubi kayu di buang kulit dan dipotong pendek.  
2.  Gaulkan ubi kayu dengan dengan cajun seasoning.  Tambah garam kalau perlu.  Cajun seasoning ni ada siap dijual atau dibuat sendiri.  Kalau nak buat sendiri, caranya ada di sini.
3.  Panaskan minyak dan gorengkan ubi kayu itu hingga garing dan toskan.  Boleh dimakan begitu sahaja atau dicecah dengan sambal kicap atau apa saja sos yang disukai.






No comments:

Post a Comment