Friday, October 5, 2012

Kacang Salut Tepung


Ramai yang namakan kacang ni Kacang Botak tapi aku rasa macam tak kena aje dengan nama tu.  Jadi, aku sebut kacang salut tepung aje.


200 gm kacang tanah
2 cawan tepung beras
2 sb serbuk kari 
1 sb serbuk cili / cili boh
1 biji telur - dipukul sedikit 
1 1/2 sb gula
2 sb udang kering - ditumbuk halus
1/2 cawan air
1/2 cawan santan
garam secukup rasa

1.  Basuh kacang sekejap dan ditoskan hingga kering.
2.  Bancuhkan tepung dengan bahan-bahan lain sambil air 
dimasukkan sedikit demi sedikit.
3.  Adunan mestilah likat dan masukkan kacang.  Gaul rata. 
4.  Goreng terendam dan semasa menggoreng itu cerai-ceraikan  
kacang-kacang itu.
5.  Goreng hingga garing dan kekuningan.






No comments:

Post a Comment