2-3 ketul ayam/tulang lembu
100 gm spaghetti
2 sb minyak zaitun
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 sb serbuk paprika
1 helai daun bay
1 cawan air rebusan ayam/tulang lembu
1 cawan air
2 biji tomato
3 biji tomato
2 sb sour cream
garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
sedikit dried oregano
1. Kalau gunakan ayam lumurkan ayam dengan garam dan lada hitam. Panaskan minyak zaitun dan masak ayam hingga kekuningan. Pecahkan ayam dengan belakang pisau ataupun dileraikan isinya. Ketepikan. Kalau guna tulang lembu, rebus sekejap bagi lembut.
2. Spaghetti direbus hingga lembut (al-dente) dengan sedikit garam dan toskan. Bawang besar, bawang putih dan 2 biji tomato didadu kecil. Lagi 3 biji tomato pula dikisar halus.
3. Panaskan minyak zaitun lebihan goreng ayam tadi kalau guna ayam. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu dan naik bau.
4. Masukkan serbuk paprika, serbuk lada hitam, daun bay dan garam. Masak hingga berbau harum.
5. Kemudian masukkan tulang lembu (jika guna tulang), air rebusan ayam/tulang lembu, tomato yang didadu dan tomato yang dikisar tadi. Biarkan hingga mendidih. (Jika hendakkan sup yang pekat, masukkan 1 sb tepung gandum yang dibancuh dengan sedikit air).
6. Lepas itu barulah masukkan ayam (jika guna ayam) ke dalam sup. Padamkan api dan masukkan sour cream. Kacaukan agar sebati.
7. Akhir sekali taburkan oregano semasa menghidang bersama spaghetti atau apa saja pasta yang disukai.
No comments:
Post a Comment