2 cawan beras pulut
1 1/2 cawan santan
garam secukup rasa
4 helai daun pandan
20 kuntum bunga telang
1 cawan air panas
1. Bunga telang direndam dengan air panas mendidih. Biarkan hingga air bertukar biru. Kalau nak cepat, rebus aje bunga telang tu. Sejukkan. Bunga telang tu sebaiknya gunakan lebih kurang 30 kuntum untuk dapat warna yang lebih cantik.
2. Pulut dibahagi dua. 1 cawan direndam dengan air bunga telang tadi. 1 cawan lagi direndam dengan santan. Rendam pulut tu lebih kurang 2-4 jam.
Keluarkan pulut itu dan gaulkan dengan santan pekat yang telah dicampur dengan garam. Gaul rata-rata. Biarkan pulut itu dalam 10 minit.
Kemudian kukus semula pulut itu lagi hingga masak. Tak perlu kukus lama sangat nanti pulut jadi lembik dan rasa lemaknya hilang.
4. Sementara itu kukus pula pulut biru tadi bersama daun pandan hingga masak dan berkilat kira-kira 15 minit.
Lebihan air bunga telang yang direndam pulut itu jangan dibuang. Campurkan santan ke dalam baki air rendaman bunga telang itu. Masukkan garam. Gunakan untuk disiram atas pulut biru yang dikukus itu jika pulut itu masih keras.
Keluarkan pulut itu dan masukkan santan tadi sedikit demi sedikit sambil digaul rata. Biarkan dalam 10 minit supaya santan meresap ke dalam pulut.
5. Kemudian letakkan pulut putih dan pulut biru itu dalam loyang dan kukus semula pulut itu hingga betul-betul masak.
6. Selepas itu gaulkan pulut putih dan pulut biru itu perlahan-lahan. Ambil loyang dan alaskan dengan daun pisang atau plastik. Masukkan pulut tadi. Tekan-tekankan pulut supaya rata. Tutup permukaan pulut dengan daun pisang atau plastik dan tekan-tekankan pulut hingga padat. Sebaiknya dihempap dengan lesung batu atau apa-apa benda berat yang sepadan.
6. Bolehlah dipotong pulut itu ikut suka. Pastikan potong kuih dengan pisau plastik.
Aku lebih suka makan begitu sahaja, yang pasti ia mesti cukup lemak dan rasa garamnya.
No comments:
Post a Comment