Friday, October 5, 2012

Kuih Bahulu



Nostalgia lagiiiii
Masih aku ingat lagi setiap kali hari raya puasa, hari raya haji dan kalau ada adik-beradik kami berkahwin, pasti emak aku akan buat kuih bahulu ni.  Sekali buat memang jumlah telur yang digunakan mencecah 40 biji.    Dan nak menyiapkan membakar kuih bahulu sampai sehari suntuk.  Bakar pulak guna sabut kelapa.  Kalau pakai oven, emak aku tak pernah yang puas hati.


Dua hari sebelum projek bahulu ni bermula, emak aku dah mula menjemur tepung dan gula.  Acuan yang biasa digunakan ialah bentuk bahulu cermai dan bahulu putar.  Sukatannya pula hanya gunakan mangkuk.


Bab-bab memukul telur tu pulak, selalunya aku lah yang kena pukul telur dan gula sampai kembang.  Bila je berhenti sekejap, dah kena sound dek emak aku suruh terus pukul.  Sampai rasa nak tercabut lengan.  Dulu guna pemukul yang enjut tu yang saiz besar punya.  Aku gerenti ramai budak sekarang yang tak pernah tengok pun macamana rupa pengenjut tu.  Kat kampung aku masih ada lagi pengenjut tu dan masih boleh digunakan tapi tak pernah pun digunakan lagi selepas emak aku meninggal.  Dan tak ada lagi dapat makan home-made kuih bahulu.  Semua main beli aje.


Inilah aku baru cuba nak membuatnya.  Sukatan yang aku gunakan ialah....

1 cawan telur 
1 cawan gula pasir - masukkan dalam oven sekejap aje
1 1/2 cawan tepung gandum - sangai dulu supaya ringan dan kuih gebu

1.  Pukul telur dan gula dengan kelajuan No. 2 hingga naik kembang dan kental.
2.  Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
3.  Gaulkan hingga rata dan sebati.
4.  Sapu sedikit minyak dalam acuan hingga rata supaya kuih senang dikeluarkan dari acuan bila masak.  
5.  Masukkan adunan ke dalam acuan hingga agak-agak 1" sebelum permukaan acuan.
6.  Bakar selama 15 minit atau hingga masak.


Kali ni aku gunakan acuan bahulu putar.  Dapatlah 2 biji bahulu dengan sukatan ni.




No comments:

Post a Comment