3 1/2 cawan tepung gandum
1 st garam
1 1/2 st yeast
1 1/2 cawan air suam (110 degree)
1. Campurkan tepung gandum, garam dan yeast dalam mangkuk adunan. Masukkan air suam sedikit demi sedikit sambil digaul hingga sebati. Tutupkan mangkuk adunan itu dengan plastic wrap dan biarkan ia naik sekali ganda.
2. Kemudian ditumbuk adunan itu di bahagian tengah bagi mengeluarkan angin dan diuli lagi sambil ditambah sedikit tepung sehingga menjadi doh yang lembut. Tak perlu diuli terlalu lama sampai nak keluar muscle. Aku uli adalah dalam 5 minit aje. Doh ini memang amat lembut.
3. Kemudian letakkan doh itu di atas baking pan. Tutupkan dengan plastic wrap dan biarkan doh naik sekali ganda.
Kaedah lain yang boleh digunakan ialah di step No. 1 tadi selepas diwrap dengan plastik, terus disimpan di dalam peti sejuk semalaman. Keesokkannya, keluarkan doh itu dan uli lagi di atas papan pencanai yang ditabur tepung. Uli hingga menjadi doh yang bulat dan lembut. Teruskan dengan step No. 3 dan step seterusnya.
4. Panaskan oven pada suhu 170C. Setelah doh itu siap untuk dibakar, sapukan sedikit tepung gandum di atas permukaan doh. Kemudian kelarkan sedikit permukaan doh dengan pisau tajam.
5. Bakar roti selama 30 minit atau hingga nampak warna kecoklatan. Biarkan sehingga betul-betul sejuk sebelum dipotong.
Permukaan roti memang sedikit keras dan liat semasa panas tapi ia akan lembut bila dibiarkan semalaman. Bahagian dalamnya memang amat lembut.
No comments:
Post a Comment