Monday, July 26, 2021

Onde-Onde Pulut Hitam



1 cawan tepung pulut putih
3 sb tepung pulut hitam
3/4 cawan air untuk buat doh
1/2 cawan gula melaka hiris
1/2 biji kelapa parut putih
2 helai daun pandan
garam secukupnya
air untuk merebus secukupnya

1.  Gaul tepung pulut putih, tepung pulut hitam dan garam.
2.  Masuk air sedikit demi sedikit sambil diuli tepung hingga menjadi doh.  Doh semestinya tidak terlalu lembut.



3.  Ambil sedikit doh, bulatkan dan leperkan sedikit.  Letak sedikit gula melaka dan bulatkan semula doh itu.
4.  Didihkan air untuk merebus di dalam periuk bersama daun pandan.  Biarkan api sederhana besar terus menyala.



5.  Masukkan onde-onde tadi ke dalam air rebusan itu.  Bila onde-onde itu mula terapung, biarkan ia seketika supaya tepung itu betul-betul masak.
6.  Kemudian angkat onde-onde itu.  Biarkan airnya tiris sedikit dan golekkan dalam kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.
Bolehlah dihidangkan.





Monday, July 19, 2021

Kurma Tulang



500 gm tulang berserta isi
100 gm rempah kurma
4 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
2" halia - dihiris halus
1 batang carrot - dipotong panjang
1 biji cili merah - dibelah dua
1 biji cili hijau - dibelah dua
2 biji kentang - dipotong 4
1 biji bawang besar - dipotong 4
500 ml air
200 ml santan KARA
2 helai daun pandan
1/4 cawan minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Bahan tumis :
2" kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang

1.  Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis bersama bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau.
2.  Masuk rempah kurma, tulang. kentang dan air.  
3.  Bila mendidih dan daging-daging pada tulang empuk masuk carrot, cili merah, cili hijau, bawang besar, daun pandan dan santan.  Masak lagi hingga mendidih sekali lagi.
4.  Akhir sekali masuk garam dan tutup api.






Beriyani Telur Kerala ala Cooking Village



2 cawan beras basmathi
3 biji telur rebus dan dikelar-kelar
1 biji tomato - dipotong 6
1 biji bawang besar - dihiris
10 helai daun pudina
1 pokok daun ketumbar
1 sb serbuk cili
1 sb serbuk masala
1 sb serbuk ketumbar
1 st garam masala
3 cawan air
garam secukup rasa

Bahan tumis :
2 sb minyak sapi
3" kulit kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
6 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
3 helai daun salam

Bahan ditumbuk kasar :
2" halia
1 biji cili hijau
3 ulas bawang merah

1.  Panaskan minyak sapi dan tumiskan bahan tumis bersama bahan tumbuk dan bawang besar hingga naik bau.
2.  Masuk serbuk cili, serbuk masala, serbuk ketumbar dan garam masala.  Tumis lagi.
3.  Lepas itu masuk tomato, daun ketumbar, daun pudina dan beras.  Goreng sekejap.  Kacau perlahan-lahan supaya beras tidak patah.
4.  Masuk air, garam dan telur.  Tutup periuk dan biar hingga nasi masak.  Bila dah masak, gaulkan nasi perlahan-lahan.







Tuesday, July 13, 2021

Pastry Kasih Dah Ku Anyam



2 1/2 cawan tepung gandum
200 gm butter
150 ml air ais
1 biji kuning telur
sedikit bijan

1.  Gaul dan ramas tepung dengan butter hingga berderai.
2.  Masuk air sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh yang lembut.
3.  Canai doh 0.1 inci tebal.  Terap bentuk bulat berdiameter 5".  
Potong empat tapi tidak putus dibahagian tengahnya.  



Letak 1 st peanut butter atas satu bahagian yang dipotong itu.  
Tutupkan peanut butter itu dengan kepingan yang bertentang. 


Tekan-tekankan bahagian tepinya supaya peanut butter itu tidak terkeluar semasa dibakar nanti.




Potongkan bahagian yang lain seperti dalam gambar.  Lepas itu tutupkan bahagian peanut butter itu bersilang-silang.


4.  Sapu kuning telur diatas pastry dan tabur bijan.  Bakar pada suhu 160C selama 20 minit.



Monday, July 12, 2021

Fried Jumbo Pasta Shells



Bahan A :
20 biji jumbo pasta shells
1 sb minyak/butter

1.  Rebus pasta bersama minyak/butter hingga lembut.  
2.  Toskan sambil lalukan bawah air paip.


Bahan B :
200 gm brocolloni 
150 gm baby spinach 
2 ulas bawang putih
5 biji fish ball 
4 sb feta cheese
1 st garam
1 sb serbuk lada hitam
1 st serbuk lada sulah
1 sb olive oil

1.  Brocolloni dipotong kecil.  Baby spinach diambil daun sahaja dan dipotong-potong.  

2.  Bawang putih didadu kecil.  Fish ball dipotong kecil.  Feta cheese didadu kecil atau dipecah-pecahkan.

3.  Satukan semua bahan dan digaul rata.  Masukkan bahan B ini ke dalam jumbo pasta tadi.  


Bahan C :
3 biji telur
sedikit garam dan serbuk lada sulah
4 cawan breadcrumbs
1 liter minyak untuk menggoreng

1.  Telur dipukul sedikit bersama garam dan lada sulah.
2.  Celupkan pasta shells yang telah diisi tadi ke dalam telur.  Kemudian disalut dengan breadcrumbs.  Buat hingga habis.
3.  Panaskan minyak dan goreng pasta itu hingga kekuningan.  Jika digoreng tidak terlalu garing, pasta itu tetap lembut bila dimakan.  Andai suka digoreng garing, pasta itu akan jadi rengup jika dimakan semasa panas tapi bila sejuk ia akan jadi liat.
4.  Cicah dengan alfredo sauce semasa makan.



Alfredo Sauce :
2 sb butter
1 cawan susu full cream
1 cawan parmesan cheese
1 st oregano
1 st serbuk lada hitam

1.  Panaskan butter.
2.  Masukkan susu full cream.
3.  Bila mendidih, masukkan parmesan cheese.
4.  Bila mula pekat, masuk oregano dan lada hitam.  Tutup api.  

Ada dua pilihan jika ada yang suka sos yang hendak dicolek, cukup sekadar sos itu mendidih.  Tapi jika suka sos yang hendak diletak atas pasta goreng tu, boleh masak hingga sedikit pekat.
Rasa masin dari parmesan cheese itu memang satu kombination yang bagus dimakan dengan pasta ini.







Sunday, July 11, 2021

Pan Mee



Cara buat mee tepung :
1 cawan tepung gandum
1 sb minyak masak
1 cawan air (anggaran)
sedikit garam

1.  Gaulkan tepung, minyak dan garam.  
2.  Masuk air sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.  
3.  Letak sedikit minyak di tangan.  Bahagi doh itu kepada 4-5 bahagian.  Bulat-bulatkan dan canai leper tapi tidak terlalu nipis.
4.  Sementara itu didihkan air bersama 1 sb minyak masak dan garam.
5.  Doh mee itu boleh dipotong memanjang atau dikoyak-koyakkan mee itu lalu dimasukkan ke dalam air mendidih itu.  Bila mee tepung itu timbul, biarkan seminit dan ditoskan.


Cara buat sup :
100 gm isi ayam
10 biji meat ball (tak de pun tak apa)
1 sb tepung jagung
3 ulas bawang merah - dihiris
4 ulas bawang putih - didadu kecil
1/4 cawan ikan bilis ditumbuk kasar
1 sb serbuk lada hitam
100 gm daun bayam
1 liter air
sedikit serbuk lada sulah
garam secukup rasa
sedikit ikan bilis goreng

1.  Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
2.  Masuk ikan bilis tumbuk dan serbuk lada hitam. 
3.  Bila naik bau masuk air, isi ayam, meat ball, serbuk lada sulah dan garam.
4.  Bila mendidih masuk daun bayam.  Didihkan lagi.  Masa menghidang, taburkan ikan bilis goreng.


Cara buat lada :
4 biji cili padi
3 ulas bawang putih
1 sb kicap masin
4 sb kicap lemak manis
2 biji limau kasturi 

1.  Cili padi dihiris.
2.  Bawang putih diketuk.
3.  Campurkan semua bahan dan perahkan jus limau kasturi.


Masa nak makan, tabur ikan bilis goreng dan cili kicap.


Lebih sedap ditambah cili oil berempah.

Wednesday, July 7, 2021

Muruku Bawang Putih



2 cawan tepung beras
4 sb tepung dhal/tepung muruku
3 ulas bawang putih
3 sb bijan
2 sb planta
1 cawan air (lebih kurang)
secubit jemuju
garam secukup rasa
acuan muruku 1 bintang
plastik/daun pisang

1.  Bawang putih ditumbuk dengan secubit garam hingga betul-betul halus supaya tidak tersekat dalam acuan.


2.  Satukan tepung beras, tepung dhal, bawang putih tumbuk, bijan, jemuju dan garam.  Gaulkan.


3.  Kemudian masukkan planta.  Gaul dan ramas.  Akhir sekali masuk air sedikit demi sedikit sambil digaul menjadi adunan yang lembut.  Kalau adunan agak keras, nanti susah nak tekan dengan acuan.


4.  Sapukan bahagian dalam acuan dan penekannya dengan minyak masak supaya adunan tak melekat. 

5.  Ambil sedikit adunan dan masukkan dalam acuan.  Tekankan muruku itu ke atas plastik/daun pisang dulu.  Buat 4 kali putaran muruku itu untuk mendapatkan saiz yang sama.


6.  Waktu yang sama panaskan minyak dalam kuali.  Masukkan secubit adunan ke dalam minyak panas.  Jika adunan itu terapung, itu tanda minyak dah cukup panas.


7.  Masukkan muruku yang telah ditekan itu ke dalam minyak panas.  Goreng hingga buih-buih pada muruku itu menjadi perlahan.  Angkat dan toskan.






Tuesday, July 6, 2021

Kuih Bakul Kapit Keledek Goreng



Kuih Bakul ni boleh didapati masa perayaan tahun baru cina.  Dan kuih bakul ni boleh tahan lama jika disimpan dalam peti sejuk.
Selain dimakan begitu sahaja, kuih bakul ni boleh digoreng salut tepung begitu sahaja atau dikapit dengan keledek.

1 biji Kuih Bakul
1 biji keledek
1 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung beras
1/4 st air kapur
air secukupnya
garam secukup rasa

1.  Kuih Bakul dipotong 4 segi.  

2.  Keledek dipotong ikut lebih kurang saiz kuih bakul tu.  Samada nak potong bulat atau 4 segi pun boleh.

3.  Tepung gandum, tepung beras, air kapur, serbuk kunyit dan garam digaul.

4.  Masuk air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi beter yang boleh menyalut keledek itu nanti.

5.  Ambil sekeping kuih bakul dikapitkan dengan 2 keping keledek.  Celup dalam beter tadi dan goreng dalam minyak panas hingga garing kekuningan.  Toskan.


Haaa...dah macam cheese rupanya bila makan kuih bakul ni masa digigit.  Memang sangat sedap kuih ni.

Untuk pengetahuan korang, dodol juga boleh digoreng dengan cara yang sama tapi kena guna dodol yang keras yang cantik dipotong.

Zaman sekarang dah susah nak jumpa dodol yang dimasak keras yang boleh dipotong cantik sebab penat nak mengacau dodol macam ni.  Memang liat masa nak mengacau.  Trend sekarang semua jenis dodol cair.  Kalau jumpa dodol keras, bolehlah digoreng macam ni.  


Monday, July 5, 2021

Mee Champa

 

Bahan untuk sup :
1/2 kg tulang dan daging
1 liter air
1 biji bawang besar - dipotong 4
1" lengkuas - dihiris
1 ekor sotong kering
4 pokok daun ketumbar
2 pokok daun bawang
3" kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
6 biji buah pelaga
1 sb sos ikan
sedikit serbuk lada sulah
garam secukup rasa

1.  Masukkan tulang dan daging bersama air dalam periuk.  Rebus hingga mendidih.  Tukar air dan rebus lagi tulang&daging itu hingga dapat sup yang jernih.  Bilaskan tulang&daging pada air paip dan rebus semula.


2.  Bakar sotong kering, bawang besar, lengkuas atas dapur.  Kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga disangai dalam kuali sampai naik bau sedikit.



3.  Masuk bahan bakar dan disangai itu ke dalam sup jernih tadi.


4.  Masuk sos ikan, daun ketumbar bersama akarnya, daun bawang, serbuk lada sulah dan garam.  Renihkan sup itu dengan api perlahan.  Sup yang jernih tadi akan bertukar warna disebabkan bahan-bahan bakar tadi.


Cara buat sambal lada :
4 biji cili merah
20 biji cili padi
2 ulas bawang putih
1 sb cuka
garam secukup rasa

1.  Cili merah, cili padi dan bawang putih direbus hingga layu.
2.  Kemudian kisar bahan rebus itu bersama cuka dan garam.




Minyak bawang putih :
1 labu bawang putih - dicincang
1/2 cawan minyak masak

1.  Panaskan minyak.  Masuk bawang putih.
2.  Goreng bawang putih.  Bila bawang putih itu hampir kekuningan, angkat dan toskan bawang putih itu.  
3.  Masukkan minyak bawang putih itu ke dalam mangkuk.  Biar sejuk.  
4.  Bila minyak dan bawang telah sejuk, baru dimasukkan bawang putih itu ke dalam minyak itu semula.  Bawang putih itu akan kekal rangup.


Bahan-bahan hidangan yang lain :
1 bungkus kway teow - dicelur dan ditoskan
3 pokok daun ketumbar - dihiris
1 biji limau nipis - dipotong kecil
100 gm tauge - disiram dengan air mendidih
sedikit lobak asin - didadu kecil
sedikit kicap
sedikit serbuk lada sulah
sedikit bawang goreng

Cara menghidang :
1.  Masuk kway teow dalam mangkuk.
2.  Letak tauge.
3.  Tuang sup bersama tulang&daging tadi.
4.  Tabur daun ketumbar dan letak limau nipis, lobak asin, kicap, serbuk lada sulah, sambal lada, minyak bawang putih dan bawang goreng.