Monday, February 9, 2015

Spanish Churros




1 cawan air
75 gm butter
2 sb gula pasir
1/2 st esen vanila
1 cawan tepung gandum
1/2 st garam
2 biji telur
500 ml minyak untuk menggoreng
1/4 cawan gula halus
1/2 st serbuk kulit kayu manis

1.  Campurkan tepung dengan garam.  Ketepikan.

2.  Masak air, butter, gula pasir dan esen vanila dalam periuk hingga mendidih.  Tutup api dan masukkan tepung tadi.  Gaulkan dengan pantas menggunakan senduk kayu hingga sebati.  



3.  Lepas itu masukkan telur satu persatu sambil digaul hingga sebati.



4.  Masukkan kesemua adunan itu ke dalam piping bag dengan nozzle 3/8" (bentuk bintang ataupun bentuk bunga dahlia).  Boleh juga digunakan acuan biskut dahlia.



5.  Panaskan minyak.  Paipkan adunan tadi terus ke minyak panas dan gorengkan hingga garing keemasan.  Kalau adunannya lembut macam boleh terus paipkan ke dalam minyak panas.

Yang ini adunan jadi kental sebab guna telur saiz kecil.  Aku tak nak tambah telur sebab takut bau telur kuat sangat.  Jika terus dipaipkan ke dalam minyak panas, bentuknya jadi bermacam-macam.



Jadi kalau nak bentuknya sama, panjang ke bulat ke atau apa bentuk pun, paipkan adunan dalam tray sampai habis dan barulah digoreng dalam minyak panas hingga garing.

Adunannya lembut atau lembut, hasilnya tetap sama.  Rangup diluar lembut di dalam.



6.  Toskan dan salutkan ia dengan gula halus yang dicampurkan dengan serbuk kulit kayu manis semasa masih panas lagi.  Boleh juga dicelupkan ke dalam coklat cair.....lagi sedap.



Makan masa masih panas....rangup di luar tapi gebus di dalam.




No comments:

Post a Comment