Sunday, February 8, 2015

Pisang Lang Goreng


Dulu aku selalu keliru antara pisang lang dengan pisang tanduk.  Terfikir juga waktu itu kenapa pisang tanduk sekarang kecil-kecil aje, tak macam dulu-dulu.  Mungkin dah ditutkan.  Itulah yang terfikir dibenak aku.

Sehinggalah aku bertanya pada seorang penjual pisang di pasar besar Melaka.  Penjual tu kata memang susah nak dapat pisang tanduk, boleh dikatakan dah tak tanam lagi.  Kalau adapun, harganya agak mahal sebab pisang tanduk berbuah tidak banyak jadi tak berapa nak untung.  Satu tandan ada satu atau dua biji sahaja.  

Sekarang ni yang banyak terjual adalah pisang lang bukannya pisang tanduk.


2 biji pisang lang

Adunan beter :
1 cawan tepung beras cap gajah satu
2 sb tepung tepung sagu
2 sb tepung jagung
1 st air kapur
1 cawan air
3 sb bijan
garam secukup rasa

1.  Satukan semua bahan beter.  Jangan terlalu cair atau terlalu pekat.


2.  Pisang lang dipotong-potong dan dimasukkan ke dalam beter tadi.  Salutkan perlahan-lahan.


3.  Panaskan minyak dan gorengkan pisang itu satu persatu hingga garing.  Toskan.



No comments:

Post a Comment