5 biji telur
180 gm gula castor
2 st baking powder
1 st esen vanila
200 gm tepung - disangai dulu
1/2 cawan buah kana kismis - digaulkan dengan sedikit tepung gandum
1 sb parutan kulit limau sunkist
2 sb jus limau sunkist
1. Panaskan pengukus dan sediakan loyang kek yang telah disapu dengan sedikit minyak. Tepung disangai. Buah kana dihiris-hiris dan digaul dengan sedikit tepung bersama dengan kismis.
2. Pukul telur dan gula hingga betul-betul kembang dan pastikan ia tidak mendak dan berair didasarnya.
3. Masuk baking powder, esen vanila, parutan kulit limau dan jus limau sambil dipukul lagi.
4. Akhir sekali masukkan tepung sambil dipukul lagi hingga sebati.
5. Adunan dibahagi 2. Tuangkan 1 bahagian ke dalam acuan dan dikukus 15 minit. Kemudian taburkan campuran buah kana dan kismis di atasnya dan tuangkan baki adunan tadi. Kukus lagi dalam 20 minit atau hingga masak.
No comments:
Post a Comment