Saturday, February 7, 2015

Cheese Scones



1 3/4 cawan tepung gandum
1/2 st baking powder 
1/4 st garam
4 sb butter
1/2 cawan grated cheese
3/4 cawan sour cream

1.  Ayak tepung gandum bersama baking powder dan garam.   Masukkan butter dan ramas dengan hujung jari hingga berderai (guna kaedah gaul dan ramas).


2.  Kemudian masukkan parutan keju.  Gaul-gaulkan.  

3.  Lepas tu masukkan sour cream dan gaul-gaulkan dengan senduk kayu.  Jangan diadun terlalu sangat, tak apa kalau adunan melekit sikit. Letakkan adunan atas papan pencanai dan tekan-tekankan dengan tangan dan diterap dengan acuan bulat.   

Boleh aje kalau nak buat setebal 2" supaya boleh dibelah dua dan disapu butter masa makan.  Yang ini buat nipis sikit, hanya sapu butter sahaja tanpa perlu dibelah.


4.  Susun scone atas baking tray dan sapu permukaannya dengan telur yang telah dipukul sedikit ataupun dengan susu cair.  Tak nak sapu telur pun tak apa.  Taburkan sedikit parutan keju di atasnya.

Bakar pada suhu 180c, lebih kurang 20 minit.

Makanlah dengan butter, jem atau madu....




No comments:

Post a Comment