Friday, February 13, 2015

Korean Fish Cake




Bahan A:
1 ekor ikan kembong
2 ekor sotong besar
4 ekor udang besar
2 ulas bawang putih
1 st serbuk lada sulah
1/4 biji bawang besar
1 biji putih telur
1/4 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung gandum 
1 sb minyak masak
1 st garam
1 st gula
1 cawan minyak untuk menggoreng

1.  Ikan, udang dan sotong dipotong kecil. 


2.  Masukkan semua bahan kecuali minyak untuk menggoreng itu ke dalam pengisar dan dikisar hingga halus.



3.  Panaskan minyak.  Ambil sedikit adunan itu dan dileperkan di atas apa-apa bekas yang leper.  Lepas tu dengan menggunakan pisau, gulungkan ia dan lurutkan ke dalam minyak panas. Gorengkan hingga garing.



4.  Sedap dimakan dengan sos.





Fresh Lime & Tea



1 uncang teh
500 ml air panas
2 sb gula atau 1 sb madu
Hirisan lemon

Masukkan teh, air panas dalam jug.  Masuk gula atau madu. Hiaskan dengan hirisan lemon...boleh minum suam atau sejuk. Senang je kann...hehehe









Keledek Goreng



500 gm keledek
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
2 sb tepung sagu ubi
1 st serbuk kunyit
1 cawan air
3 sb bijan
1 sb air kapur
garam secukup rasa
2 cawan minyak untuk menggoreng



1.  Keledek dipotong nipis.  Lagi nipis lagi sedap tapi memang agak payah nak potong nipis sebab keledek ni keras.  Dibasuh dan ditoskan.

2.  Tepung beras, tepung gandum, tepung sagu dan serbuk kunyit dicampur dengan air, air kapur dan garam.  Gaul hingga sebati dan menjadi beter yang pekat dan licin.  

3.  Kemudian masukkan bijan dan digaul rata.  

5.  Akhir sekali masukkan keledek tadi.  Gaulkan keledek agar bersalut dengan beter itu.  




6.  Ambil sekeping-sekeping lalu digoreng dalam minyak yang telah dipanaskan sehingga garing.


Boleh dimakan begitu sahaja atau dicicah dengan sambal cili kicap.


Omellete




2 biji telur
4 sb dairy cream / susu cair
sedikit butter / planta
sedikit serbuk lada sulah
sedikit garam
1/2 biji bawang besar - didadu kecil
2 biji cili padi - dihiris

1.  Pukul telur, susu cair/dairy cream,  serbuk lada sulah, bawang besar, cili padi dan garam dengan whisk sekejap.  



2.  Panaskan butter/planta dalam pan.  Masukkan campuran telur tadi dan biarkan tanpa dikacau dalam 20 saat atau sehingga dibahagian tepinya nampak berkerinting.  


3.  Dengan menggunakan spatula bawa telur tu dari tepi ke bahagian tengah dan kemudian terbalikkan supaya ia tergulung. 





4.  Telur itu mesti nampak lembut-gebu, kuning dan tidak hangus.  Tapi disebabkan tekak ni tekak melayu kan, so kita kasi nampak warna perang sikit.




Angkat telur dan hidangkan dengan roti.




Thursday, February 12, 2015

Classic Hot Chocolate



1/2 cawan bittersweet chocolate (yang telah disagat)
1/2  cawan susu segar
1 sb whipping cream
sedikit coklat untuk hiasan ataupun whipped cream



1.  Masak bittersweet chocolate, whipping cream dan susu hingga mendidih sambil dikacau lebih kurang 1 minit.   


2.  Tuangkan terus ke dalam cawan dan hias dengan parutan coklat atau whipped cream.  


Jika terlalu creamy, boleh tambahkan sedikit air panas ikut penerimaan tekak sendiri.


Spaghetti bersama Rangka Ayam Goreng & Sos Lemon



1 ekor rangka ayam
100 gm spaghetti
2 cawan minyak untuk menggoreng ayam
sedikit serbuk ada hitam
sedikit garam

Bahan untuk sos :
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1/4 st serbuk lada hitam
1 cawan air rebusan ayam
100 gm kobis
1 biji tomato
1 sb sour cream
1 sb jus lemon
1/2 st garam

1.  Rangka ayam dilumur dengan garam dan serbuk lada hitam.  Lepas itu goreng hingga garing dan toskan.


2.  Spaghetti direbus dengan sedikit garam dan ditoskan.  Kobis dihiris.  Tomato didadu.  Bawang besar didadu.  Bawang putih dicincang.


3.  Untuk membuat sos pula, panaskan minyak zaitun.  Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.


4.  Masuk serbuk lada hitam dan tumis lagi sekejap.  Kemudian dimasukkan kobis, tomato dan air rebusan ayam.


5.  Bila mendidih, masukkan sour cream dan garam.  Kacau-kacaukan hingga sebati dan mendidih.  Tutup api dan masukkan jus lemon.

6.  Tuangkan sos ke atas spaghetti dan rangka ayam goreng tadi.  Taburkan dengan oregano.



Wednesday, February 11, 2015

Stock Ayam




1 kg tulang ayam atau 1 ekor rangka ayam
1 biji bawang besar - dipotong 4
1 batang carrot - dipotong 4
2 batang celery + daunnya - dipotong 2"
2 liter air
1 herba bunjut
1 helai daun bay + thyme + parsley
1 sb lada hitam biji



Aku ambil resipi ini dari "Mamak Haji".  Dalam resipinya mamak haji kata bawang besar tu tak perlu dibuang kulit tapi aku ni jenis yang seriau bab-bab macam ni...so aku buang juga kulit bawang tu.



Masukkan semua bahan ke dalam periuk.  Didihkan sehingga semua bahan terapung dan ditapis semua bahan.  Kecilkan api dan renehkan lagi stock ayam itu dalam 2-3 jam.   Lama juga kan...tapi sekali lagi aku abaikan pesanan mamak haji tu.  Tak sanggup tunggu lama macam tu.   Aku biarkan ia mendidih sekali lagi aje.



Menurut mamak haji,  stock ayam ni boleh disimpan 2 hari di dalam fridge dan boleh tahan 8-12 bulan jika dibekukan.  



Stock ayam ni disimpan sebagai antara bahan perencah untuk menggoreng mee, sayur, nasi goreng atau apa aje masakan yang lain.





Double-Drizzled Sun-Flower Cookies



1/2 cawan butter
3/4 cawan brown sugar
1 biji telur
1 st esen vanila
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 st baking powder
1/4 st garam
1 1/4 cawan kuaci hijau

1.  Pukul butter dan brown sugar hingga berkrim.
2.  Masuk telur dan esen vanila.  Pukul lagi hingga sebati.
3.  Masuk tepung dan gaul rata.  Doh ini memang agak sedikit melekit.
4.  Ambil sedikit doh dan bulat-bulatkan lebih kurang 1" saiznya. Masa dibulat-bulatkan ini, ia tidak melekit tapi akan sedikit berminyak.  Golekkan ia pada kuaci hijau tadi, leperkan sedikit dan susun atas dulang pembakar yang tidak perlu digris.  Bakar pada suhu 350F lebih kurang 8'-10'.  Sejukkan.





Bahan untuk buat caramel :
200 gm gula halus
120 ml whipping cream
5 sb butter

1.  Masukkan gula dalam kuali.  Masak hingga gula cair dan jadi gula hangus.  Kacau selalu supaya tidak hangit. 
2.  Kemudian perlahan-lahan masukkan whipping cream.  Kacau lagi hingga sebati.  
3.  Tutup api dan masukkan butter semasa gula masih panas.  Kacau lagi hingga sebati.  
4.  Kalau caramel terlalu cair, panaskan sedikit lagi supaya ia agak pekat.  Lorekkan ia di atas biskut dengan menggunakan sudu.  Caramel yang lebih boleh dibekukan dalam peti ais.  Hangatkan hingga cair apabila hendak digunakan.


Bahan untuk buat coklat cair :
1 oz coklat tanpa gula
1 sb butter

Cairkan coklat dan butter.  Masukkan dalam piping beg dan lorekkan atas biskut tadi.





Ayam Goreng Bawang Putih



1/2 ekor ayam
1/2 biji limau nipis
1 labu bawang putih 
1 st tepung jagung
1 st garam
2 st baking powder
1 sb sos tiram

Bahan kisar :
8 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
3 st ketumbar - disangai dulu
2" kunyit hidup
2" halia

1. Lumurkan ayam bersama bahan kisar, jus limau, tepung jagung, baking powder, sos tiram dan garam.  Perap dalam 20 minit.



2.  Bawang putih diketuk sedikit bersama dengan lapisan kulit di bahagian dalamnya tapi jangan sampai hancur bawang itu.  Cukup sekadar ia memar sedikit.   Digaul dengan garam dan digorengkan kekuningan.  Ketepikan.


3.  Kemudian bekas minyak menggoreng bawang putih itu digorengkan ayam pula hingga garing dan semasa menghidang, taburkan bawang putih goreng tadi. 




Tuesday, February 10, 2015

Candy Kelapa


Zaman dulu-dulu candy kelapa cukup popular.  Candy ni rasanya memang manis yang teramat sangat.  Samalah macam wajik dan halwa maskad.

Aku suka candy ni sebab rasa kelapa tu.  Kerana kemanisannya yang amat maka makan seketul dah cukup.  Lepas tu minum air putih banyak-banyak.

Yang ada kencing manis tu dinasihatkan jangan jamah makanan ini.


2 biji / 500 gm kelapa parut putih 
500 gm susu pekat
1 tin susu gula pasir
1 sb planta
1 helai daun pandan
pewarna pink secukupnya

1.  Gaul semua bahan kecuali pewarna dalam kuali.  Masak gunakan api besar dan kacau selalu.  Masuk daun pandan.




2.  Kacau hingga sebati dan kelapa mula mengering.  Akan kelihatan putih-putih hasil daripada gula yang mula kering.



3.  Masukkan pewarna pink atau apa saja warna yang disukai. 




4.  Akhir sekali, masukkan adunan kelapa itu ke dalam loyang. Tekan-tekankan supaya mampat.  Biarkan ia sejuk.  Simpan dalam fridge.  Kemudian potong-potongkan ikut suka.  Boleh jemur dipanas matahari supaya tidak berlengas gulanya.


Celupkan ke dalam coklat cair (jenis tanpa gula) nampak lebih menarik dan sedap.



Bolu Kukus Lapis Buah Kana & Kismis



5 biji telur
180 gm gula castor 
2 st baking powder
1 st esen vanila
200 gm tepung - disangai dulu
1/2 cawan buah kana kismis - digaulkan dengan sedikit tepung gandum
1 sb parutan kulit limau sunkist
2 sb jus limau sunkist

1.  Panaskan pengukus dan sediakan loyang kek yang telah disapu dengan sedikit minyak.  Tepung disangai.  Buah kana dihiris-hiris dan digaul dengan sedikit tepung bersama dengan kismis.


2.  Pukul telur dan gula hingga betul-betul kembang dan pastikan ia tidak mendak dan berair didasarnya.


3.  Masuk baking powder, esen vanila, parutan kulit limau dan jus limau sambil dipukul lagi.

4.  Akhir sekali masukkan tepung sambil dipukul lagi hingga sebati.

5.  Adunan dibahagi 2.  Tuangkan 1 bahagian ke dalam acuan dan dikukus 15 minit.  Kemudian  taburkan campuran buah kana dan kismis di atasnya dan tuangkan baki adunan tadi.  Kukus lagi dalam 20 minit atau hingga masak.