Wednesday, April 26, 2017
Sambal Tumis Ikan Tongkol
1 ekor ikan tongkol
1 cawan cili kisar
1 biji bawang besar - dihiris
1 sb asam jawa
1 cawan air
1/2 cawan minyak untuk menumis
garam secukup rasa
Bahan ditumbuk kasar :
7 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sb belacan
1. Ikan tongkol dipotong 1/2" tebal. Untuk resipi ini aku hanya gunakan bahagian badan sahaja. Bahagian kepala dan ekor boleh digunakan untuk masakan lain. Namun kalau nak gunakan juga kepala dan ekor tak ada masalah.
Ikan tongkol itu dilumurkan dengan garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan digoreng ikan itu hingga garing. Lepas itu ikan goreng itu dibuangkan tulangnya. Jadilah ikan itu ketul kecil-kecil, senang juga nak makan. Ketepikan.
Asam jawa diramas dengan air. Ketepikan.
2. Bekas minyak menggoreng ikan tadi ditumiskan bahan kisar hingga naik bau.
3. Masuk cili kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak.
4. Kemudian masukkan air asam jawa dan bawang besar. Masak lagi hingga mendidih dan betul-betul pecah minyak. Boleh tambah air jika terlalu pekat.
5. Akhir sekali masuk garam dan ikan goreng tadi. Kacau-kacaukan dan tutup api.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment