Sunday, April 16, 2017

Masak Lemak Sayur Turi



Sayur turi adalah salah satu sayur kampung.  Rasanya agak pahit-pahit sikit tapi sedap.  Sayur turi ni boleh dimasak bersama tangkainya sekali atau dilurutkan daunnya sahaja.  Tangkainya yang agak kasar itu janganlah dimakan.  Kalau makan guna tangan senanglah sikit nak lurutkan daunnya.  

Dulu-dulu arwah emak aku selalu simpulkan tangkai turi itu.  Dulu sayur turi ni panjang-panjang tangkainya.  Ambil sekali 2-3 tangkai dan disimpulkan.


100 gm daun turi
1 biji kelapa parut
2 1/2 cawan air
1 biji kentang
2 batang serai
4 helai daun limau purut
1 st serbuk kunyit
1 sb asam jawa + sedikit air
garam secukup rasa

Bahan kisar :
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
10 biji cili padi
2 sb udang kering

1.  Daun turi dibersihkan.  Berhati-hati...kadang-kadang ada ulat di celah-celah daun itu.  Rendamkan sekejap dalam air garam dan toskan. 



2.  Kelapa diperah dengan 1 cawan air dijadikan santan pekat. Kemudian diperah lagi dengan 1 1/2 cawan air dijadikan santan cair.

3.  Kentang dipotong 4 atau 8.  Serai dititik.



4.  Masukkan bahan kisar, santan cair, serbuk kunyit dan kentang ke dalam periuk. Didihkan sambil dikacau.  Sambil itu biarkan kentang empuk.  Api jangan terlalu kuat.

5.  Kemudian masukkan air asam jawa, santan pekat, sayur turi dan serai.  Biarkan mendidih sambil dikacau hingga sayur masak. Jangan sampai pecah minyak nanti kuah akan menjadi cair semula.

6.  Akhir sekali masukkan daun limau purut dan garam.  Kacau-kacau dan tutup api.  




No comments:

Post a Comment