Thursday, April 6, 2017

Ikan Terubuk Masin Goreng Bercili


Kalau kat semenanjung ni bila sebut ikan masin kita akan terbayang ia dalam kategori ikan kering.  Bila dulu dapat ikan Terubuk Masin yang dari Sarawak ni, aku agak pelik lah sebab ikan tu basah dan tak boleh simpan terlalu lama.  Ia akan bertukar kemerahan dan berlendir.


Bila dah tengok sendiri kat pasar satok, barulah aku faham rupanya ikan terubuk masin ni adalah ikan basah biasa.  Ikan itu dibersihkan dan digaramkan begitu aje.  Dibungkus rapi untuk dibawa balik oleh pelancung.  Mungkin disebabkan ikan terubuk dari laut belah Sarawak ni lain mutunya, ia tahan lama kalau setakat nak bawa balik ke Semenanjung.  

1 ekor ikan terubuk masin
3 biji cili merah
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 st belacan
1/2 cawan minyak untuk menggoreng

1.  Potongkan ikan itu dalam 1" tebal.  Basuh sikit dan toskan. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.  Toskan. Kalau gunakan minyak yang sedikit sangat, hasil gorengannya tidak berapa cantik.



2.  Cili merah, bawang merah dan bawang putih ditumbuk kasar bersama belacan.

3.  Keluarkan sedikit lebihan minyak menggoreng ikan tadi dan tumiskan bahan tumbuk itu hingga garing dan pecah minyak.

4.  Akhir sekali masukkan ikan goreng tadi, gaul-gaulkan dan angkat.





No comments:

Post a Comment