Sunday, April 2, 2017

Acar Timun Berempah



1 biji timun
4" carrot
1 st air kapur sirih
1 biji bawang besar
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
3 sb minyak untuk menumis
1 sb asam jawa + 1 cawan air
1 sb gula apong 
garam secukup rasa

Bahan tumis :
4" kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
2" halia - dipotong halus memanjang
4 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
3 sb serbuk rempah kari
1 sb belacan

1.  Timun dibuang empulurnya dan dipotong seperti batang mancis. Carrot pun dipotong macam tu juga.  Kemudian rendamkan kedua-duanya dalam air kapur lebih kurang 1/2 jam.  Ianya supaya agak rangup sedikit bila dimasak.  Lepas itu toskan.  


Carrot tu janganlah gunakan banyak sangat.  Nanti kemanisan dari carrot tu mengubah rasa acar timun tu.

2.  Bawang besar dipotong 4.   Cili merah dan cili hijau juga dibelah 4 memanjang.  Ketepikan.


3.  Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, halia, bawang merah dan bawang putih hingga bawang layu.

4.  Masuk rempah kari dan belacan yang telah dibancuh dengan sedikit air.  Tumis hingga garing.


5.  Masukkan air asam jawa dan garam.  Masak hingga pecah minyak dengan api sederhana.  Jika semasa proses pecah minyak itu, masakan menjadi terlalu kering bolehlah dimasukkan sedikit air.

6.  Akhir sekali masukkan timun, carrot, bawang besar, cili merah, cili hijau dan gula apong.  Boleh aje digunakan gula pasir. Masaklah hingga sayur-sayur masak dan masakan mestilah tidak terlalu cair atau terlalu pekat.  






No comments:

Post a Comment