Sunday, April 30, 2017
Nasi Goreng Kentang
200 gm nasi sejuk
1 biji kentang
1/3 cawan ikan bilis
2 tangkai daun sadri
3 sb minyak untuk menumis
garam secukup rasa
Bahan tumbuk kisar :
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 biji cili padi
1. Ubi kentang dibuang kulit dan dipotong nipis. Daun sadri dihiris.
2. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing. Toskan. Lepas itu gorengkan pula kentang tadi hingga garing. Toskan.
3. Bekas minyak menggoreng tadi tumiskan bahan kisar hingga garing.
4. Masukkan nasi dan gorengkan hingga nasi bergaul dengan bahan tumis. Gorengkan hingga nasi masak.
5. Kemudian masukkan garam dan daun limau purut. Akhir sekali masukkan ikan bilis goreng, kentang goreng dan daun sadri.
Labels:
Kentang/Ubi,
Nasi Goreng
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment