Thursday, April 27, 2017
Nasi Goreng Pedas Bawang Putih
1 cawan beras
5-6 ekor udang
5-6 helai daun limau purut
2 pokok daun sadri
1 /3 cawan ikan bilis goreng
3 sb minyak
garam secukup rasa
Bahan dikisar halus :
6 biji cili merah
7 ulas bawang putih
1. Beras dimasak jadikan nasi biasa dan sejukkan nasi itu.
2. Nasi sejuk itu digaulkan dengan bahan kisar sambil basahkan tapak tangan. Pakailah sarung tangan plastik. Gaulkan hingga rata. Biarkan seketika dalam 10 minit.
3. Panaskan minyak dan masukkan udang. Bila udang bertukar kemerahan, masuk nasi tadi. Gorengkan nasi itu hingga masak dan naik bau.
4. Akhir sekali masukkan garam dan daun limau purut. Gaul-gaulkan dan tutup api.
5. Taburkan daun sadri dan ikan bilis goreng.
Labels:
Nasi Goreng
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment