Sunday, April 30, 2017

Nasi Goreng Kentang




200 gm nasi sejuk
1 biji kentang
1/3 cawan ikan bilis
2 tangkai daun sadri
3 sb minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Bahan tumbuk kisar :
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 biji cili padi

1.  Ubi kentang dibuang kulit dan dipotong nipis.  Daun sadri dihiris.  


2.  Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing.  Toskan. Lepas itu gorengkan pula kentang tadi hingga garing.  Toskan.

3.  Bekas minyak menggoreng tadi tumiskan bahan kisar hingga garing.



4.  Masukkan nasi dan gorengkan hingga nasi bergaul dengan bahan tumis.  Gorengkan hingga nasi masak.

5.  Kemudian masukkan garam dan daun limau purut.  Akhir sekali masukkan ikan bilis goreng, kentang goreng dan daun sadri.




Thursday, April 27, 2017

Nasi Goreng Pedas Bawang Putih




1 cawan beras
5-6 ekor udang
5-6 helai daun limau purut
2 pokok daun sadri
1 /3 cawan ikan bilis goreng
3 sb minyak 
garam secukup rasa

Bahan dikisar halus :
6 biji cili merah
7 ulas bawang putih

1.  Beras dimasak jadikan nasi biasa dan sejukkan nasi itu.
2.  Nasi sejuk itu digaulkan dengan bahan kisar sambil basahkan tapak tangan.  Pakailah sarung tangan plastik.  Gaulkan hingga rata. Biarkan seketika dalam 10 minit.
3.  Panaskan minyak dan masukkan udang.  Bila udang bertukar kemerahan, masuk nasi tadi.  Gorengkan nasi itu hingga masak dan naik bau.

4.  Akhir sekali masukkan garam dan daun limau purut.  Gaul-gaulkan dan tutup api.

5.  Taburkan daun sadri dan ikan bilis goreng.



Wednesday, April 26, 2017

Sambal Tumis Ikan Tongkol



1 ekor ikan tongkol 
1 cawan cili kisar
1 biji bawang besar - dihiris
1 sb asam jawa
1 cawan air
1/2 cawan minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Bahan ditumbuk kasar :
7 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sb belacan

1.  Ikan tongkol dipotong 1/2" tebal.  Untuk resipi ini aku hanya gunakan bahagian badan sahaja.  Bahagian kepala dan ekor boleh digunakan untuk masakan lain.  Namun kalau nak gunakan juga kepala dan ekor tak ada masalah.



Ikan tongkol itu dilumurkan dengan garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan digoreng ikan itu hingga garing.  Lepas itu ikan goreng itu dibuangkan tulangnya.  Jadilah ikan itu ketul kecil-kecil, senang juga nak makan.  Ketepikan.


Asam jawa diramas dengan air.  Ketepikan.

2.  Bekas minyak menggoreng ikan tadi ditumiskan bahan kisar hingga naik bau.

3.  Masuk cili kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak.  

4.  Kemudian masukkan air asam jawa dan bawang besar.  Masak lagi hingga mendidih dan betul-betul pecah minyak.  Boleh tambah air jika terlalu pekat.

5.  Akhir sekali masuk garam dan ikan goreng tadi.  Kacau-kacaukan dan tutup api.




Tuesday, April 25, 2017

Sayur Yau Mak Goreng



100 gm sayur yau mak
1/2 biji bawang besar - dihiris
1 ulas bawang putih - dihiris
5-6 ekor udang
1 sb minyak untuk menumis
garam secukup rasa


Sayur Yau Mak ini macam spesis sayur salad jugak.  Sedap sayur ni.  Disebabkan tak pernah tengok sayur ni, aku tanyalah kat uncle yang jual sayur ni sedap dimasak apa.  Dia kata goreng biasa aje dan rasa sayur ni manis-manis sikit.

1.  Bersihkan sayur dan potong ikut suka.

2.  Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar hingga kekuningan sedikit.

3.  Lepas itu masukkan udang dan tumis sekejap hingga udang bertukar kemerahan.


4.  Akhir sekali masukkan sayur dan garam.  Balik-balikkan dan angkat.


Aku makan dengan beras bario hitam.



Sunday, April 16, 2017

Masak Lemak Sayur Turi



Sayur turi adalah salah satu sayur kampung.  Rasanya agak pahit-pahit sikit tapi sedap.  Sayur turi ni boleh dimasak bersama tangkainya sekali atau dilurutkan daunnya sahaja.  Tangkainya yang agak kasar itu janganlah dimakan.  Kalau makan guna tangan senanglah sikit nak lurutkan daunnya.  

Dulu-dulu arwah emak aku selalu simpulkan tangkai turi itu.  Dulu sayur turi ni panjang-panjang tangkainya.  Ambil sekali 2-3 tangkai dan disimpulkan.


100 gm daun turi
1 biji kelapa parut
2 1/2 cawan air
1 biji kentang
2 batang serai
4 helai daun limau purut
1 st serbuk kunyit
1 sb asam jawa + sedikit air
garam secukup rasa

Bahan kisar :
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
10 biji cili padi
2 sb udang kering

1.  Daun turi dibersihkan.  Berhati-hati...kadang-kadang ada ulat di celah-celah daun itu.  Rendamkan sekejap dalam air garam dan toskan. 



2.  Kelapa diperah dengan 1 cawan air dijadikan santan pekat. Kemudian diperah lagi dengan 1 1/2 cawan air dijadikan santan cair.

3.  Kentang dipotong 4 atau 8.  Serai dititik.



4.  Masukkan bahan kisar, santan cair, serbuk kunyit dan kentang ke dalam periuk. Didihkan sambil dikacau.  Sambil itu biarkan kentang empuk.  Api jangan terlalu kuat.

5.  Kemudian masukkan air asam jawa, santan pekat, sayur turi dan serai.  Biarkan mendidih sambil dikacau hingga sayur masak. Jangan sampai pecah minyak nanti kuah akan menjadi cair semula.

6.  Akhir sekali masukkan daun limau purut dan garam.  Kacau-kacau dan tutup api.  




Nasi Highlander


Hahaha...nama kemain lagi kan.  Dapat idea dari blog Kopi Rempah.  Sebenarnya nama beras ini adalah beras bario dari Sarawak.

Beras bario ni ada macam-macam jenis.  Ada yang berwarna putih atau perang atau gelap.  Ada yang panjang-panjang dan ada yang pendek-pendek.

Hari tu aku masak stail nasi biasa aje.  Kali ini ikut gaya Kopi Rempah pulak.  Tapi Kopi Rempah guna beras bario berwarna putih.



2 cawan beras bario
3 cawan air
1/2 cawan cendawan kukur
4" carrot - dipotong ikut suka
garam secukup rasa


1.  Basuh beras hingga jernih airnya.


             
2.  Masuk beras, garam dan air dalam periuk.  Masak seperti nasi biasa.

3.  Bila nasi dah hampir masak, masukkan cendawan dan carrot. Masaklah hingga nasi kering.  Beras jenis ini memang gunakan air yang agak banyak. Tambah air jika perlu.


Makanlah dengan apa saja lauk yang disukai.  Kalau nasi yang lebih itu dah menjadi kering atau keras, boleh dilembutkan semula dengan mengukus sekejap nasi itu. 




Doa Semasa Duduk Antara Dua Sujud




Ayam Masak Halia




1/2 ekor ayam
40 gm halia muda
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sb sos tiram
1 cawan air
1 sb tepung jagung
1 biji cili merah
1/2 biji lada capsicum
minyak secukupnya untuk menggoreng ayam
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa

1.  Ayam dilumurkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.  Gorengkan ayam separuh masak.



2.  Halia dihiris halus memanjang.  Bawang besar, bawang putih dan cili merah dihiris.  Lada capsicum didadu besar.  Tepung jagung dibancuh dengan sedikit air.



3.  Keluarkan sedikit lebihan minyak menggoreng ayam tadi.  Tinggalkan dalam 2 sb sahaja dan tumiskan bahan-bahan yang dihiris tadi hingga naik bau.   

4.  Lepas itu masukkan capsicum, cili merah, sos tiram dan air.  Tumiskan sekejap.  Bila mendidih sedikit, masuk bancuhan tepung jagung tadi.

4.  Akhir sekali masukkan ayam dan garam.  Masak sekejap.  Jika terlalu pekat, masukkan sedikit air panas.  Tutup api.





Thursday, April 6, 2017

Ikan Terubuk Masin Goreng Bercili


Kalau kat semenanjung ni bila sebut ikan masin kita akan terbayang ia dalam kategori ikan kering.  Bila dulu dapat ikan Terubuk Masin yang dari Sarawak ni, aku agak pelik lah sebab ikan tu basah dan tak boleh simpan terlalu lama.  Ia akan bertukar kemerahan dan berlendir.


Bila dah tengok sendiri kat pasar satok, barulah aku faham rupanya ikan terubuk masin ni adalah ikan basah biasa.  Ikan itu dibersihkan dan digaramkan begitu aje.  Dibungkus rapi untuk dibawa balik oleh pelancung.  Mungkin disebabkan ikan terubuk dari laut belah Sarawak ni lain mutunya, ia tahan lama kalau setakat nak bawa balik ke Semenanjung.  

1 ekor ikan terubuk masin
3 biji cili merah
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 st belacan
1/2 cawan minyak untuk menggoreng

1.  Potongkan ikan itu dalam 1" tebal.  Basuh sikit dan toskan. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.  Toskan. Kalau gunakan minyak yang sedikit sangat, hasil gorengannya tidak berapa cantik.



2.  Cili merah, bawang merah dan bawang putih ditumbuk kasar bersama belacan.

3.  Keluarkan sedikit lebihan minyak menggoreng ikan tadi dan tumiskan bahan tumbuk itu hingga garing dan pecah minyak.

4.  Akhir sekali masukkan ikan goreng tadi, gaul-gaulkan dan angkat.





Wednesday, April 5, 2017

Sayur Kacang Botol Goreng




10 batang kacang botol
4" carrot
2 sb ikan bilis
1 batang cili merah
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sb minyak untuk menumis
garam secukup rasa

1.  Kacang botol dipotong serong.  Carrot dipotong nipis.



2.  Cili merah, bawang besar dan bawang putih dihiris.

3.  Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing.  Toskan dan ketepikan.

4.  Tumiskan cili merah, bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan.

5.  Lepas tu masuk carrot.  Tumis sekejap kemudian masukkan kacang botol dan garam.  Besarkan api.  Gaul-gaulkan dan angkat.




Sunday, April 2, 2017

Acar Timun Berempah



1 biji timun
4" carrot
1 st air kapur sirih
1 biji bawang besar
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
3 sb minyak untuk menumis
1 sb asam jawa + 1 cawan air
1 sb gula apong 
garam secukup rasa

Bahan tumis :
4" kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
2" halia - dipotong halus memanjang
4 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
3 sb serbuk rempah kari
1 sb belacan

1.  Timun dibuang empulurnya dan dipotong seperti batang mancis. Carrot pun dipotong macam tu juga.  Kemudian rendamkan kedua-duanya dalam air kapur lebih kurang 1/2 jam.  Ianya supaya agak rangup sedikit bila dimasak.  Lepas itu toskan.  


Carrot tu janganlah gunakan banyak sangat.  Nanti kemanisan dari carrot tu mengubah rasa acar timun tu.

2.  Bawang besar dipotong 4.   Cili merah dan cili hijau juga dibelah 4 memanjang.  Ketepikan.


3.  Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, halia, bawang merah dan bawang putih hingga bawang layu.

4.  Masuk rempah kari dan belacan yang telah dibancuh dengan sedikit air.  Tumis hingga garing.


5.  Masukkan air asam jawa dan garam.  Masak hingga pecah minyak dengan api sederhana.  Jika semasa proses pecah minyak itu, masakan menjadi terlalu kering bolehlah dimasukkan sedikit air.

6.  Akhir sekali masukkan timun, carrot, bawang besar, cili merah, cili hijau dan gula apong.  Boleh aje digunakan gula pasir. Masaklah hingga sayur-sayur masak dan masakan mestilah tidak terlalu cair atau terlalu pekat.  






Nasi Bario


Pertama kali makan nasi bario semasa di Sarawak.  Ada 2 jenis beras bario.  Ada yang berwarna putih kecoklatan dan satu lagi berwarna agak gelap.  Ia boleh dicampur menjadi 2 warna.



Apabila dimasak rasanya agak melekit seperti pulut.  Jika didedahkan lama ia akan menjadi sedikit kering tapi boleh dikukus bagi lembut.



Kata orang beras bario ini bagus untuk proses pencernaan dan diet sihat.  Ia boleh dimasak seperti nasi biasa atau ikut kesukaan masing-masing.