Tuesday, May 1, 2012

Warga PDRM Batu 18 yang mesra rakyat


Sempena Sambutan Hari Polis yang ke 205  yang telah disambut baru-baru ini, Tuan Sabri Bin Ibrahim, Ketua Polis Balai Batu 18 Hulu Langat telah mengaturkan satu majlis sumbangan bantuan kecil kepada warga emas dan ibu-ibu tunggal di sekitar Batu 18 Hulu Langat, Selangor.  Majlis telah diadakan pada 1/5/2012 (Selasa) pada pukul 3 petang dan telah diadakan di perkarangan Balai Polis Batu 18 sendiri. 

Sumbangan telah diberi kepada warga terpilih dan benar-benar berkelayakan sahaja.  Seramai 40 orang telah dipilih untuk program ini.  Pemilihan telah dilakukan sendiri oleh warga PDRM Batu 18 diketuai oleh Ketua Polis Balai SM Sabri Ibrahim. 


Aku rasa usaha murni ini patut diteruskan pada masa-masa yang akan datang. Keseluruhan warga PDRM Batu 18 dibawah pimpinan Tuan Sabri ini patut dicontohi.  Sumbangan yang diberi adalah amat bermakna pada mereka yang menerimanya.



Mendengar cara beliau berucap, teringat aku pada gaya berucap Datuk Seri Ali Rustam...."santai dan bersahaja".


Patutlah selama aku bermastautin di sini, Tuan Sabri ini amat dikenali, disenangi dan disegani oleh komuniti sekitarnya baik yang dewasa maupun kanak-kanak.  Kami semua amat berharap semuga Tuan Sabri akan dikekalkan berkhidmat di kawasan ini sehingga beliau tamat perkhidmatan kelak.





No comments:

Post a Comment