400gm sayur labu
1 biji kentang
1 biji kelapa parut
3 cawan air
2 batang serai - dititik
1 helai daun kunyit
garam secukup rasa
Bahan tumbuk :
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 sb lada hitam
2 sb udang kering
1. Kelapa diperah dengan 1 cawan air dijadikan santan pekat dan diperah lagi dengan 2 cawan air dijadikan santan cair.
2. Masukkan bahan tumbuk, sayur labu, santan cair dan serai ke dalam periuk. Masak hingga mendidih sambil dikacau selalu.
3. Bila mendidih, masukkan santan pekat, daun kunyit dan garam. Masak lagi hingga mendidih sambil dikacau selalu supaya tidak pecah minyak.
No comments:
Post a Comment