125 gm planta/butter
1/2 cawan gula castor
2 cawan tepung gandum
1 st baking powder
2 biji telur
2 sb susu cair
Puri epal :
3 biji epal hijau
2 sb gula pasir
1/2 cawan kismis
1/4 cawan air
1. Epal dibuang kulit dan dipotong kecil. Masukkan epal dan air ke dalam periuk. Rebus epal hingga empuk. Kemudian epal itu dilecek hingga hancur. Masuk gula pasir dan kismis. Gaul rata dan biar sejuk.
2. Pukul planta/butter dan gula hingga kembang.
3. Masuk telur dan dipukul hingga sebati.
4. Kemudian masuk susu cair dan puri epal sambil digaul hingga sebati.
5. Akhir sekali masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder dan digaul hingga sebati.
6. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disapu planta/butter dan dialas dengan kertas baking.
7. Bakar kek pada suhu 170C selama 30-35 minit.
Kuantiti epal hijau itu boleh ditambah jika suka kepada rasa masam-masam epal itu. Testure kek agak lembab-lembab sikit disebabkan kandungan puri epal itu.
No comments:
Post a Comment