1/2 ekor ayam
1 st serbuk kunyit
1 biji bawang besar - dihiris bulat1/2 cawan air
2 tangkai daun ketumbar - dihiris halus
1/4 cawan minyak masak
garam secukup rasa
Bahan kisar :
3 sb cili kisar
1 kuntum bunga kantan
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1" halia
1" lengkuas
1. Ayam digaram-kunyit dan digoreng separuh masak. Ketepikan.
2. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
3. Masuk air, bawang besar dan garam. Masak lagi hingga pecah minyak. Jika terlalu kering, masukkan sedikit lagi air.
4. Akhir sekali masukkan ayam dan daun ketumbar. Masak lagi hingga ayam telah betul-betul masak.
No comments:
Post a Comment