Sunday, March 12, 2023

Biskut Badam Koko Crunch



2/3 cawan salted butter
1/2 cawan halus
1 biji kuning telur
1 st esen vanila
2 sb serbuk badam
1 1/4 cawan tepung gandum
2/3 cawan tepung jagung
2/3 cawan kepingan badam - sangai sekejap
3/4 cawan koko crunch dipatah 3-4

1.  Pukul butter dan gula halus hingga berkrim.
2.  Masuk telur dan esen vanila.  Gaul rata.
3.  Masuk serbuk badam, tepung gandum dan tepung jagung.  Gaul hingga sebati.
4.  Akhir sekali masukkan kepingan badam dan koko crunch.  Gaul rata perlahan-lahan.
5.  Ambil 1 sb  adunan itu dan dan letakkan atas dulang pembakar yang telah dialas dengan baking paper.  Kemudian tekan perlahan diatasnya dengan garfu.
6.  Bakar biskut pada suhu 160C lebihkurang 15 minit.  Setelah masak, biarkan biskut sejuk seketika dan simpan dalam bekas kedap udara.







Saturday, March 11, 2023

Biskut Coklat Koko Crunch



Bahan A :
200 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
30 gm susu tepung
30 gm serbuk koko

Bahan B :
200 gm planta
150 gm gula halus
1/2 st esen vanila
1 biji kuning telur
1 cawan koko crunch
3 sb serbuk badam

Bahan C :
Acuan kertas  
Acuan tart 

1.  Ayak bersama Bahan A.  Ketepikan.
2.  Pukul planta dengan gula halus hingga kembang.
3.  Masuk esen vanila dan kuning telur.  Pukul lagi hingga sebati.
4.  Masukkan Bahan A dan serbuk badam.  Gaulkan perlahan-lahan hingga menjadi doh yang lembut.
5.  Letakkan acuan kertas dalam acuan aluminium itu.  Ambil sedikit doh dan tekankan sedikit dalam acuan itu.  Isi doh separuh sahaja.  Hiaskan di atasnya dengan koko crunch serta bentukkan seperti bunga.  
6.  Bakar biskut pada suhu 170C selama 15-20 minit atau hingga masak.






Saturday, March 4, 2023

Biskut Koko Crunch KakWan




250 gm planta
160 gm gula perang
2 biji kuning telur
300 gm tepung gandum
30 gm tepung jagung
1/4 st baking powder
1/4 st soda bikarbonat
100 gm koko crunch
50 gm chocolate chip/rice
1 cawan koko crunch untuk hiasan

1.  100 gm koko crunch dikisar halus. 
2.  Tepung gandum, tepung jagung, baking powder dan soda bikarbonat diayak bersama.
3.  Pukul planta dan gula perang hingga berkrim.
4.  Masuk kuning telur dan pukul lagi hingga sebati.
5.  Masukkan tepung yang telah diayak bersama.  Gaulkan hingga sebati.
6.  Akhir sekali masukkan koko crunch yang dikisar dan chocolate chip/rice.  Gaul perlahan-lahan hingga sebati.
7.  Ambil sedikit adunan itu dan bulat-bulatkan.  Hiaskan di tengahnya dengan kepingan koko crunch.
8.  Bakar biskut pada suhu 150c lebihkurang 25 minit.  Sejukkan dan hiaskan dengan coklat cair.







Sunday, June 26, 2022

Apa Kaitan Full Moon Dengan Kesihatan Kita

 Apa kaitan FULL MOON & kesihatan kita yg mudah goyah & kita mengidam makanan mcm² terutama yg manis²??


Utk pengetahuan anda, Parasit dlm bdn kita akan aktif 'bekerja' & membiak pd sekitar full moon ni. 🦠🦠


Ini kerana ritma Cicardian kita dipengaruhi oleh kitaran bulan purnama/full moon yg menjadikan bdn kita menghasilkan lebih banyak serotonin & kurang melatonin. Melatonin ini membantu kita utk tidur & ia juga penting utk imuniti bdn kita.


Oleh sbb full moon ini & kurang penghasilan melatonin, ia adlh salah 1 faktor knp tidur kita terganggu & kita mudah jatuh sakit pd fasa ini. 


Parasit ini amat menggemari serotonin krn serotonin merangsang otot mrk & membolehkan mrk bergerak dgn lebih bebas di dlm bdn kita. Serotonin juga membantu mrk membiak & menjadikan mrk lebih kuat & ini menyebabkan mrk kelaparan! Sbb itu kita mengidam segala makanan² yg bukan².


Parasit ini juga menggunakan serotonin utk berkomunikasi antara satu sama lain & membuat biofilm di dlm badan kita hinggakan mrk dpt menghalang sistem imun kita untuk menyingkirkannya. Sbb itu kita mudah jatuh sakit.


Dan oleh sbb itu pd fasa ini kita digalakkan utk bantu mantapkan sistem imun kita. Paling mudah, up kan Vit C intake & ambil beberapa supplement lain. Selain dr itu, utk umat Islam digalakkan berpuasa pd hari putih. Ini juga salah 1 cara membanteras aktiviti kecacingan ini. 


Sekiranya kita mengalami jangkitan parasit yg berat, kita mungkin merasa tdk sihat sekitar minggu full moon ini. Ambil langkah berjaga² utk tempoh seminggu sebelum & seminggu selepas full moon ini dgn jaga pemakanan, support immune system kita dll.


Sekiranya kita merasa sgt tertekan, cemas, craving gula, tdk dpt tidur, mudah rasa kesakitan pd bdn, cirit-birit, sembelit atau lemah lesu, ini mungkin disebabkan oleh tahap aktiviti parasit yang tinggi dlm bdn anda. Oh No!! 👻


Antara gejala parasit adlh; kembung, keletihan, gejala seperti selesema, fungsi imun yang rendah (sering sakit atau alergi), rasa lapar ygg berlebihan, sembelit, cirit-birit, gatal-gatal, mudah marah, ruam, gangguan tidur, perubahan berat badan, sakit sendi, sakit kepala.i


Take care semua!! Jaga diri. ❤

#FullMoonVSImmunity

Saturday, June 25, 2022

Sambal Cili Padi Terung Pipit



100 gm terung pipit
1/2 cawan cili padi
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
1 sb belacan
1/2 cawan ikan bilis
1 keping asam-keping
minyak masak dan garam secukup rasa

1.  Terung pipit diketuk sedikit dengan lesung batu.  Lepas tu rebuskan terung pipit itu bagi buang rasa pahitnya.  Toskan.
2.  Cili padi, bawang putih, bawang besar dan belacan digoreng dengan 1st minyak hingga cili layu.  Kemudian ditumbuk bahan goreng itu.
3.  Panaskan minyak secukupnya dan tumiskan bahan tumbuk bersama ikan bilis dan asam keping hingga pecah minyak.
4.  Akhir sekali masukkan terung pipit dan garam.  Gorengkan lagi hingga garing sedikit dan angkat.




Friday, December 17, 2021

Biskut Krispi Lapis Gula



Bahan A : 
100 ml air sejuk
1 biji telur
1 st cuka
1 st garam

Bahan B :
400 gm tepung gandum
220 gm butter

Bahan C :
1/2 cawan gula perang kasar

1.  Satukan Bahan A.


2.  Gaul dan ramas Bahan B.


3.  Masukkan Bahan A sedikit demi sedikit ke dalam B sambil diuli hingga menjadi doh yang lembut.  Simpan doh itu dalam peti sejuk dalam 30 minit.


4.  Taburkan sedikit tepung atas pencanai.  Canaikan doh tadi empat segi memanjang.  Taburkan gula perang merata diatas permukaan doh itu.  Kemudian lipat 3.


5.  Canai lagi seperti tadi dan tabur lagi gula perang diseluruh permukaan doh itu.  Kali ini lipat 4 dan canai lagi.  Kemaskan bentuk 4 segi memanjang itu.


6.  Sapukan sedikit air sejuk di atas permukaan doh itu dan tabur lagi gula perang.  


7.  Potongkan doh itu 1/2" x  3 1/2".  Susun atas dulang pembakar yang telah dialas dengan baking paper.  Boleh ditambah taburan gula itu supaya lebih menarik selepas dibakar.


8.  Bakar pada suhu 200C lebih kurang 20-25 minit.




Friday, December 10, 2021

Ikan Bawal Sambal Penyet



Bahan A :
1 ekor ikan bawal
sedikit garam dan serbuk kunyit

Ikan bawal dibersihkan dan dikelar-kelarkan.  Kemudian digaram-kunyit dan digoreng hingga garing.  Toskan.


Bahan B :
1 pokok salad
1 biji timun
1 keping tempe

Salad dibersihkan.  Timun dihiris.  Tempe dihiris nipis, ditabur sedikit garam dan digoreng garing.  Toskan.


Bahan C :
Sambal Penyet
Sup jernih (tak buat)

Resipi sambal penyet boleh lihat disini. 
Sup jernih ni yang simple ni hanya didihkan air rebusan ayam bersama garam, perasa ayam maggi, celeri dan daun bawang.  





Friday, November 26, 2021

Kek Planta Marble Lorek Atas



2 cawan tepung gandum
1 st baking powdwr
1/4 st garam
1 cawan planta
1 cawan gula halus
4 biji telur
1 st esen vanila
1 sb susu pekat
sedikit pewarna unggu & hijau

1.  Ayak tepung gandum, baking powder dan garam.  Ketepikan.
2.  Pukul planta dan gula hingga kembang.
3.  Masuk telur sebiji demi sebiji sambil dipukul hingga sebati.
4.  Masuk pula esen vanila dan susu pekat.  Pukul lagi.


5.  Asingkan 1 cawan dari adunan itu dan dicampurkan dengan pewarna unggu.  1 sb dicampurkan dengan pewarna hijau.
6.  Sapukan planta dalam acuan saiz 7" dan alas dengan baking paper.  
7.  Letak 2 sb adunan asal di tengah acuan.  Letak pula 1 sb adunan unggu ditengah adunan asal itu.  Cucukkan sikit dengan sudu atau hentak perlahan acuan itu supaya adunan itu rata lapisannya.  Ulang cara itu hingga selesai.  Tapi tinggalkan dalam 1/2 cawan adunan asal dan 1 sb adunan unggu.


8.  Kemudian masukkan perlahan baki adunan asal itu merata diatas permukaan marble tadi.  Ratakan dengan sudu atau spatula.
9.  Akhir sekali ambil pencungkil gigi atau chopstik dicecahkan pada adunan unggu dan lorekkan corak bulatan atas permukaan kek itu supaya nampak macam corak bunga atau ikut kreativiti sendiri.  Manakala adunan hijau tadi dilorek bentuk daun atau ikut corak sendiri.


10.  Bakar kek pada suhu 150C selama lebih kurang 50 minit atau hingga kek masak.  Kek ini sememangnya kena masak dengan api perlahan dan agak lama.  Kalau tak hendak permukaan kek terlalu kuning kecoklatan, boleh tutup dengan lapisan aluminium foil.




Saturday, November 13, 2021

Kek Marble Planta



2 cawan tepung gandum
1 st baking powder
1/4 st garam
1 cawan planta
1 cawan gula halus
4 biji telur
1 st esen vanila
2 sb susu pekat
sedikit pewarna biru

1.  Ayak tepung gandum, baking powder dan garam.  Ketepikan.
2.  Pukul planta dan gula hingga kembang.
3.  Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul hingga sebati.
4.  Kemudian masukkan esen vanila dan susu pekat.  Pukul lagi hingga sebati.
5.  Ambil 1 cawan dari adunan kek itu dan dicampurkan pewarna biru.
6.  Sapukan acuan kek bersaiz 7" dengan planta.  Alaskan dengan baking paper.  Masukkan adunan itu berselang warna dan dilorek-lorekkan.  Bakar kek pada suhu 160C selama 50 minit.





Friday, October 29, 2021

Roti Goreng Peanut Butter



3 keping roti gardenia
Peanut butter secukupnya
Susu pekat secukupnya
2 biji telur
minyak untuk menggoreng

1.  Roti gardenia dibuang bahagian tepinya dan dipotong 4.
2.  4 keping roti itu disapu dengan peanut butter dan lagi 4 keping disapu dengan susu pekat.  Manakala 4 keping lagi dibiarkan kosong.


3.  Sekeping roti peanut butter dikapitkan dengan sekeping roti kosong dan dikapit lagi dengan sekeping roti susu.  


4.  Telur dipukul sedikit bersama secubit garam.
5.  Celupkan roti itu ke dalam telur dan goreng roti itu dalam miya panas.




  

Monday, October 11, 2021

Salad of The Day



4 keping tauhu
1 pokok daun salad
sedikit tauge - dicelur dan toskan
minyak untuk menggoreng tauhu

Sos :
1/2 cawan cili kisar
4 biji cili merah
2 ulas bawang putih
1 sb asam jawa
air anggaran 3/4 cawan
garam dan gula secukup rasa

1.  Panaskan minyak dan goreng tauhu hingga garing.  Sejukkan dan potong dua.  Belahkan sedikit bahagian tengah tauhu itu.  

2.  Sumbatkan sekeping daun salad ke dalam belahan tauhu itu bersama tauge.

3.  Untuk membuat sosnya, kisarkan cili kisar bersama cili merah dan bawang putih.  Kemudian masukkan dalam periuk bersama perahan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa.  Masak hingga mendidih dan agak pekat.

4.  Masa nak makan, tuangkan sos itu diatas salad itu.




Brazilian Lemonade



6 cawan air sejuk
1 cawan gula halus
2 biji limau nipis
1/2 cawan jus limau nipis
1/2 cawan susu pekat

1.  Masukkan 3 cawan air sejuk ke dalam blender.  Masukkan sekali bahan lain dan kisarkan hingga nampak berbusa.


2.  Baki 3 cawan air sejuk tadi dimasukkan ke dalam jug.  Tuangkan jus yang dikisar ke dalam jug itu dan kacau hingga sebati.


3.  Kemudian bolehlah dihidangkan.  Deko lah ikut suka.




Sunday, October 10, 2021

Cucur Maggi



Bahan A :
1 paket maggi kari
500 ml minyak untuk menggoreng

Bahan B :
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
3 batang isi ketam - dipotong 1" panjang
1 tangkai daun sup - dihiris
3 biji cili padi - dihiris
1 tangkai cili kering - dihiris
1/2 biji bawang besar - didadu kasar
1 biji telur
garam secukup rasa
1/4 cawan air

1.  Maggi direndam hingga lembut dan diuraikan.  Toskan.




2.  Satukan semua bahan B.  Gaul perlahan hingga rata.  Akhir sekali masukkan serbuk kari maggi.  Tambah cili kering jika nak lebih pedas.


3.  Panaskan minyak dan goreng seperti cekodok biasa hingga garing.