Thursday, March 1, 2018
Kailan Masak Sos Tiram
400 gm kailan bunga
1 biji cili merah - dihiris
1/2 biji bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 sb minyak untuk menumis
2 sb sos tiram
1/4 cawan air
secubit gula pasir
garam secukup rasa
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang besar dan cili merah hingga kekuningan.
2. Masuk sos tiram, air dan sayur kailan. Masak dengan api besar.
3. Akhir sekali masuk garam dan gula. Aku pernah diberitahu oleh seorang kawan berbangsa cina sekiranya masakan menggunakan sos tiram, masukkan sedikit gula pasir bagi mendapatkan rasa masakan yang lebih enak. Masuk sikit aje supaya tak terasa manis. Ia hanya untuk seimbangkan rasa.
Labels:
Sayur
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment