Monday, December 25, 2017

Pasta Spiral Masak Sup Tomato dan Ayam Cajun




200 gm pasta spiral
2 keping dada ayam
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1/2 cawan daging cincang
50 gm capsicum hijau
50 gm capsicum merah
1 cawan sup tomato kimball
2 sb minyak untuk menumis
sedikit serbuk oregano
2 sb rempah cajun
garam secukup rasa

1.  Rebus pasta spiral hingga lembut tapi kenyal (al-dente).  Toskan.

2.  Bawang putih dicincang.  Bawang besar dan capsicum didadu.  Dada ayam digaul dengan rempah cajun.

3.  Panaskan minyak dan masak ayam hingga masak dan garing.  Ketepikan.  Bekas minyak menggoreng ayam tadi ditumiskan bawang putih dan bawang besar hingga naik bau.

4.  Masuk daging cincang, capsicum hijau dan merah.  Tumis hingga daging bertukar warna kecoklatan.  

5.  Kemudian masukkan sup tomato dan garam.  Bila mendidih, masukkan pasta tadi.  Gaul rata dan tutup api.

5.  Bila menghidang taburkan serbuk oregano dan letakkan ayam cajun di atasnya.




Tuesday, December 12, 2017

Kuih Bombay

credit to Kak Z



Bahan A :
150 ml air
250 gm gula pasir
secubit garam

Masak bahan ini sehingga gula larut.

Bahan B :
1 batang serai
1" kunyit hidup
5" kulit kayu manis
1/4 st jintan manis
3 helai daun pandan
200 ml air

Serai dan kunyit dibakar.  Lepas itu kisarkan semua bahan ini hingga halus dan tapis. 



Bahan C :
250 gm tepung gandum
150 ml santan
2 biji telur
sedikit pewarna hijau

1.  Satukan semua bahan C.  

2.  Lepas itu masukkan bahan A dan bahan B.  Whisk hingga sebati.  

3.  Lepas itu tapis.  Masukkan sedikit pewarna hijau bagi mendapatkan warna yang menarik.

4.  Panaskan acuan di atas api dapur.  Masukkan 2 sb minyak dan biarkan hingga minyak benar-benar panas.  



5.  Kemudian tuangkan adunan 3/4 acuan.  Taburkan bijan dan bakar dalam oven dengan api atas bawah pada suhu 180C.

6.  Masak hingga kuih menjadi garing di permukaannya.  Pusing-pusingkan acuan itu supaya kuih itu masak rata.







Monday, December 4, 2017

Kuih Cara Berlauk




Bahan A :
200 gm daging kisar
1 biji bawang besar - didadu kecil
2 sb rempah kari
2 sb minyak untuk menumis
2 biji cili merah - dihiris
1 pokok daun sadri - dihiris halus
1 sb minyak untuk menumis
garam secukup rasa

1.  Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan separuh dari cili merah hiris tadi.  Tumis hingga naik bau.  
2.  Masuk rempah kari bersama sedikit air dan ditumis lagi hingga garing.
3.  Masukkan daging kisar dan tumis lagi hingga daging bertukar warna coklat.
4.  Akhir sekali masuk garam dan daun sadri.  Biar sekejap dan tutup api.

Bahan B :
1 cawan tepung gandum
2 cawan santan
1 biji telur
1 st minyak masak
1/4 st garam
sedikit pewarna kuning ataupun serbuk kunyit

Bahan C :
1 helai daun pandan - diikat pendek
sedikit minyak masak

1. Satukan semua bahan A dan dipukul dengan whisk hingga adunan sebati.  Tapiskan.



2.  Sapukan acuan dengan minyak masak menggunakan daun pandan yang diikat tadi.  Panaskan acuan atas api dapur gas hingga minyak itu panas.

3.  Masukkan adunan ke dalam acuan dan letakkan 1 st inti daging (Bahan A) tadi di tengahnya bersama sedikit daun bawang dan sehiris cili merah.

4.  Tutupkan acuan kuih dengan tudung periuk dan masak 3-4 minit.  



                  

Lontong Kuah Lodeh




Bahan untuk Lontong :
Nasi Impit secukupnya
2 biji telur rebus

Rebus nasi impit hingga betul-betul masak.  Sejukkan dan dipotong-potong.  Telur rebus dikupas kulit dan dibelah dua.

Bahan untuk Kuah Lodeh :
200 gm kobis
100 gm kacang buncis
100 gm carrot
1 paket soun
1 paket fucuk
2 keping tauhu
2 batang serai
200 ml santan Kara
1 keping asam keping
1 biji cili merah
garam secukup rasa

Bahan tumbuk untuk kuah lodeh :
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 cawan udang kering



1.  Masukkan semua bahan untuk ke dalam periuk kecuali santan dimasukkan 1/4 bahagian dahulu.  Garam dan asam keping juga dimasukkan kemudian nanti.  Masak hingga kuah mendidih.



2.  Bila dah mendidih, barulah dimasukkan santan selebihnya bersama asam keping.  Masak dengan api perlahan hingga mendidih sambil dikacau selalu supaya kuah tidak menjadi cair semula.  Akhir sekali masukkan garam dan tutup api.

Bahan untuk Sambal Ikan Bilis :
1 cawan cili kisar
5 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
2 sb asam jawa
1 cawan air
1/2 cawan ikan bilis
1/3 cawan minyak untuk menumis
garam secukup rasa

1.  Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan.  Masuk cili kisar dan tumis hingga garing.

Lepas itu masukkan air yang telah dibancuh dengan asam jawa.  Bila mendidih, masuk ikan bilis.  Masak lagi hingga pecah minyak.  Jika sambal terlalu kering, boleh tambah air.  Akhir sekali masuk garam dan tutup api.



Bahan untuk Serunding Kelapa :
1/2 biji kelapa parut putih
4 ulas bawang merah - dikisar
1 ulas bawang putih - dikisar
1 batang serai - dikisar
1 st serbuk kunyit
1 batang serai - dititik
1 helai daun kunyit
3 helai daun limau purut
1 keping asam-keping
1 sb minyak untuk menumis
sedikit gula pasir
garam secukup rasa

1.  Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar hingga garing.

2.  Masukkan serai yang dititik, asam keping dan kelapa.  Gaulkan hingga rata.  

3.  Akhir sekali masukkan serbuk kunyit, daun kunyit, daun limau purut, gula pasir dan garam.  Masak lagi tapi jangan terlalu kering.  Biarlah lembab-lembab sikit.




Untuk hidangan :  Masukkan nasi impit dalam pinggan.  Tuang kuah lodeh dan hias dengan telur rebus, sambal tumis ikan bilis dan serunding kelapa.



Wednesday, November 29, 2017

Kuih Cara Manis




Bahan A :
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan santan pekat
1 biji telur
1 st minyak masak
1 1/2 cawan air pandan
1/4 st garam
sedikit pewarna hijau

Bahan B :
1 helai daun pandan - diikat pendek
sedikit minyak masak

Bahan C :
gula pasir secukupnya

1.  Satukan semua bahan A dan dipukul dengan whisk sehingga adunan sebati.  Tapiskan.

2.  Sapukan acuan dengan minyak masak menggunakan daun pandan yang diikat itu.  Minyak itu jangan banyak sangat.  Panaskan acuan itu di atas api dapur gas sehingga minyak itu panas.  



3.  Kemudian masukkan adunan ke dalam acuan itu.  



4.  Biarkan sekejap dan masukkan sedikit gula pasir di bahagian tengah kuih itu.  



5.  Lepas itu tutupkan atas acuan itu dengan tudung periuk dan biarkan sekejap hingga kuih masak.



Kuih ni lagi sedap makan masa masih hangat.  Terasa kegaringannya.



Tuesday, November 28, 2017

Nasi Goreng Udang Salai Sarawak



400 gm nasi sejuk
2 sb cili kisar
4 pokok sawi
100 gm kobis hiris
2 keping fish cake
1 biji cili hijau
1 pokok daun sadri
3 sb minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Bahan tumbuk :
3 sb udang salai sarawak
3 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih

1.  Udang salai itu direndam sekejap bagi lembut sebelum ditumbuk.  Fish cake dipotong nipis.  Cili hijau dan daun sadri dihiris.  


2.  Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga naik bau.  Masuk cili kisar dan fish cake.  Tumis lagi hingga garing.


3.  Masukkan pula sawi dan kobis hiris.  Bila sayur dah mula layu, masukkan nasi sejuk.  Gaul-gaulkan hingga rata.


4.  Akhir sekali masukkan garam.  Bila hidang taburkan cili hijau dan daun sadri.



Monday, November 27, 2017

Cucur Udang




Bahan A :
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 1/2 sb tepung jagung
secubit baking powder
1 biji telur
1 cawan air suam
1/2 st yeast
1/2 st gula pasir
1/4 st serbuk kunyit
1/2 st garam

Bahan B :
10 ekor udang besar
sedikit daun kucai - potong 2" 
500 ml minyak untuk menggoreng

Bahan C untuk sos :
3/4 cawan cili kering kisar
3 ulas bawang putih - ditumbuk
1 sb gula pasir
1 cawan air + 1 st asam jawa
garam secukup rasa


1.  Campurkan semua bahan A dan digaul hingga sebati.  Masukkan daun kucai.  Jangan risau sekiranya adunan itu agak cair.  Perapkan 1-2 jam ia akan mula memekat dan adunan akan kelihatan berbuih.



2.  Panaskan minyak dalam kuali.  Sambil itu rendamkan senduk yang akan digunakan untuk memasak cucur itu di dalam minyak panas itu hingga senduk itu benar-benar panas.



3.  Letakkan sedikit minyak di dalam senduk itu dan masukkan adunan.  Letakkan 1 atau 2 ekor udang di atas adunan itu.  Masukkan senduk itu separas minyak panas sehingga bahagian atas cucur itu mula masak sedikit.  Kemudian barulah ditenggelamkan senduk itu.  Biarkan sehingga cucur itu boleh dikeluarkan dari senduk itu.  Gorengkan hingga garing.



4.  Satukan semua bahan sos dan masak hingga mendidih.  Hidangkan bersama cucur udang yang telah dipotong-potong.





Saturday, November 25, 2017

Kuih Koleh Kacang

credit to Azie Kitchen



Bahan untuk tahi minyak :
1 cawan santan pekat 

Santan pekat dimasak hingga menjadi tahi minyak.  Kacau-kacau selalu supaya tak berkerak.  Bila dah naik tahi minyak itu, tapiskan.  Minyaknya ditinggalkan di dalam kuali. 



Bahan untuk sirap gula merah :
1 cawan gula merah
2 sb gula pasir
1 cawan air
1 helai daun pandan

Masukkan semua bahan dalam periuk dan masak hingga gula larut.  Tapiskan dan sejukkan.

Bahan untuk buat kuih :
1 cawan tepung kacang hijau
2 cawan santan cair
1/4 st garam

1.  Satukan semua bahan dan masukkan sirap gula merah.  Gaul hingga sebati.

2.  Kemudian masukkan adunan itu ke dalam kuali yang mengandungi lebihan minyak membuat tahi minyak tadi.  Masak dengan api perlahan hingga adunan menjadi likat, berkilat dan timbul gelembung-gelembung udara.



3.  Tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah disapu minyak masak.  Taburkan tahi minyak di atasnya dan biarkan ia sejuk.





  

Talam Gula Merah

credit to Azlina Lina



Bahan untuk sirap gula merah :
3/4 cawan gula merah
1/3 cawan gula pasir
1/2 cawan air
1 helai daun pandan

Masak semua bahan hingga gula larut.  Tapiskan dan sejukkan.

Bahan untuk lapisan bawah :
130 gm tepung gandum
100 gm tepung beras
1 sb air kapur makan
air secukupnya

1.  Satukan semua bahan.  Masukkan sirap gula merah dan air sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi 1 liter.  Gaul hingga sebati dan tidak ada lagi tepung yang bergentel.  



2.  Sediakan loyang 8x8" ataupun 10x10".  Sapukan loyang dengan minyak masak supaya mudah dikeluarkan kuih nanti.  

3.  Kemudian tuangkan adunan gula merah itu ke dalam loyang dan masukkan dalam pengukus yang sedang mendidih airnya.  Kukuskan 20-30 minit.  



Bahan untuk lapisan atas :
3 cawan santan pekat
4 sb gula pasir
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 sb tepung ubi
1 st garam

1.  Satukan semua bahan dan masukkan air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga sebati dan ditapis.  Sukatan penuh adunan mestilah menjadi 1 liter.  Tambah air jika perlu.  

2.  Cakar-cakarkan permukaan lapisan bawah dengan garfu dan tuangkan adunan lapisan atas.  



3.  Kukus dalam 3 minit dan kacaukan adunan itu perlahan-lahan dengan belakang senduk.  Kukus lagi.  

Lepas itu dalam 3 minit kacau lagi dengan belakang senduk perlahan-lahan.  

Kemudian kukus lagi dalam 20 minit atau hingga kuih masak.  Biarkan kuih betul-betul sejuk barulah dipotong.





Tuesday, November 21, 2017

Karipap Inti Daging



Inti Daging :
150 gm daging cincang
300 gm kentang
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
2 sb rempah kari
1 sb cili kisar
2 tangkai daun kari
1/2 cawan air
1 sb asam jawa
3 sb minyak untuk menumis
garam secukup rasa

1.  Kentang, bawang besar dan bawang putih didadu kecil.  Rempah kari dibancuh sedikit dengan air dijadikan pes.

2.  Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan.

3.  Masuk cili kisar dan tumis sekejap hingga garing.  Lepas itu masukkan pes rempah kari, bersama daun kari.  Tumis hingga garing.

4.  Masuk pula kentang dan air yang telah dibancuh dengan asam jawa.  Masak hingga kentang empuk dan inti lembab sedikit.  Tambah air jika kentang masih belum empuk.

5.  Akhir sekali masuk garam.  Ketepikan.



Bahan untuk doh :
2 cawan tepung gandum
2 sb marjerin - dicairkan
3/4 cawan air garam
500 ml minyak untuk menggoreng

1. Gaulkan tepung dengan marjerin cair. 

2.  Lepas itu masukkan air garam sedikit-sedikit sambil diuli hingga menjadi doh yang lembut.  



3.  Canai nipis doh itu dan diterap dengan acuan bulat.  Besar mana itu ikut suka.  



4.  Letakkan inti daging dibahagian tengah dan dikelim seperti karipap biasa.  Kali ini saje-sajelah sepitkan di permukaan karipap itu ikut suka.


5.  Panaskan minyak dan gorengkan karipap itu hingga garing kekuningan.  Toskan.





Monday, November 20, 2017

Jus Tembikai



1 biji tembikai merah
gula batu secukupnya

Masukkan isi tembikai dan gula batu ke dalam blender.  
Kisarkan hingga halus dan tapis jusnya. 



Kuih Nona Manis



Bahan A :
1 biji telur 
1/2 cawan gula halus
1 cawan santan
1 cawan tepung gandum

1.  Telur dipukul sedikit.
2.  Campur gula, santan dan tepung gandum.  Masuk telur dan pukul hingga sebati.


Bahan B :
1/2 cawan santan 
1/2 cawan air pandan
1/4 cawan gula halus
1/4 cawan tepung jagung
1/4 st garam
1 st pewarna hijau

1.  Satukan air pandan dan santan.
2.  Masuk gula, tepung jagung, garam dan pewarna hijau.  
3.  Masak hingga likat.  Kemudian masukkan adunan A.  Gaul hingga sebati.


Bahan C :
1 cawan santan pekat
1 sb tepung gandum
1/2 st garam

1.  Satukan semua bahan dan masak hingga pekat.


Untuk menyediakan kuih :
1.  Sapu acuan kuih lompang dengan sedikit minyak.
2.  Tuang adunan hijau 3/4 penuh acuan.  Kemudian tuangkan adunan C di bahagian tengah.  Kukus 10 minit.