400 gm labu
1 biji kelapa
1 sb biji sagu mata ikan
1/4 cawan gula merah
2 sb gula pasir
garam secukup rasa
2 helai daun pandan
1. Labu dipotong kiub. Kelapa diperah dengan 1 cawan air dijadikan santan pekat dan diperah lagi dengan 1 cawan air dijadikan santan cair.
2. Sagu mata ikan dimasak dengan 1 cawan air hingga betul-betul kembang. Toskan dan ketepikan.
3. Masukkan labu, santan cair, gula merah, gula pasir dan daun pandan ke dalam periuk. Masak hingga mendidih sambil dikacau-kacau supaya tidak pecah minyak.
4. Bila labu dah empuk, masukkan santan pekat dan masak lagi hingga mendidih sambil dikacau selalu. Boleh aje dimasukkan 2 sb tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air bagi menambah kepekatan.
5. Akhir sekali masukkan sagu mata ikan. Tutup api.
No comments:
Post a Comment