Wednesday, September 19, 2012

Carrot Susu


400 gm carrot
3 sb susu pekat
air sejuk secukupnya


1.   Hiris nipis carrot dan masukkan carrot ke dalam blender. Masukkan air sejuk sama paras carrot itu.  Blend carrot hingga halus dan tapiskan agar tidak berhampas.  Kalau guna blender buah lebih menyenangkan hidup.





2.  Masukkan susu pekat.  Ikutlah tahap kemanisan yang dikehendaki.



Sebaiknya janganlah gunakan ketulan ais.  Bila ketulan ais itu cair, rasanya airnya dah tak berapa sedap.  Jadi gunakan air dari peti sejuk.



Pastri Planta




300 gm planta
200 gm gula aising
1 sb parutan kulit lemon
2 biji telur
450 gm tepung gandum
ceri merah dan ceri hijau secukupnya
gajus / badam / walnut yang dicincang
sedikit pewarna hijau

1.  Pukul planta dan gula hingga kembang. 



2.  Masuk telur sebiji demi sebiji sambil dipukul rata.



3.  Masukkan parutan kulit lemon, ceri, gajus dan tepung gandum. Gaul rata.



5.  Sapukan loyang dengan planta dan tekankan adunan ke dalam loyang kira-kira 1/2" tebal.  Adunan ini memang agak lembik sedikit.  Jika dibuat lebih nipis, ia akan lebih rangup.



6.  Panaskan oven pada suhu 160C dan bakar pastry 10 minit.  
Keluarkan sekejap dari oven dan potong-potongkan.  Bakar semula hingga masak lebih kurang 15 minit.  Aku gunakan api bawah sahaja untuk dapatkan permukaannya yang agak terang sedikit.



Monday, September 17, 2012

Pengat Labu




400 gm labu 
1 biji kelapa
1 sb biji sagu mata ikan
1/4 cawan gula merah
2 sb gula pasir
garam secukup rasa
2 helai daun pandan

1.  Labu dipotong kiub.  Kelapa diperah dengan 1 cawan air dijadikan santan pekat dan diperah lagi dengan 1 cawan air dijadikan santan cair. 



2.  Sagu mata ikan dimasak dengan 1 cawan air hingga betul-betul kembang.  Toskan dan ketepikan.



3.  Masukkan labu, santan cair, gula merah, gula pasir dan daun pandan ke dalam periuk.  Masak hingga mendidih sambil dikacau-kacau supaya tidak pecah minyak.  

4.  Bila labu dah empuk, masukkan santan pekat dan masak lagi hingga mendidih sambil dikacau selalu.  Boleh aje dimasukkan 2 sb tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air bagi menambah kepekatan.

5.  Akhir sekali masukkan sagu mata ikan.  Tutup api.





Kentang Goreng Pedas




1 biji kentang russet 
1/4 cawan gajus
3 helai daun limau purut
2 batang serai - dititik
1/2 cawan santan pekat
2 cawan minyak untuk menggoreng kentang
garam secukup rasa

Bahan tumbuk :
4 biji cili merah
3 ulas bawang merah

1.  Kentang dihiris/disagat nipis.  Kemudian dibasuh sehingga air basuhan itu tidak keruh lagi.  Rendam sekejap dalam 5 minit dalam air kapur bercampur garam atau rendam dalam air ais yang dicampur garam. 

Lepas tu toskan kentang tu hingga tidak berair lagi. Tekapkan dengan kitchen towel hingga betul-betul kering atau keringkan dibawah kipas.



2.  Panaskan minyak dan gorengkan kentang itu hingga garing. Toskan.
    

3.  Gajus pula disangai.  Ketepikan.

4.  Panaskan 2 sb minyak dan tumis bahan tumbuk bersama serai, santan dan garam.  Masak hingga agak kering dan kecilkan api.



5.  Masukkan kentang, gajus dan daun limau purut.  Gaul rata dan angkat.






Brokolli Goreng Bawang Putih



300 gm brokolli
4" carrot 
5 ulas bawang putih
1 sb air/air rebusan ayam
1 sb minyak untuk menumis
garam secukup rasa

1.  Bawang putih dicincang halus.  Carrot dipotong nipis.

2.  Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih cincang tadi hingga kekuningan tapi jangan hangus.  Keluarkan.


3.  Bekas minyak menggoreng bawang putih tadi, dimasukkan cili merah dan bawang besar.  Tumis hingga bawang layu.

4.  Lepas itu masuk brokolli, kobis, air dan garam.  Tutupkan kuali supaya sayur masak dengan air wap.  
     
5.  Masuk sayur yang telah dimasak itu ke dalam pinggan dan taburkan bawang putih goreng tadi di atasnya.




Sunday, September 16, 2012

Meraikan Anak Yatim



Pada 16/9/2012  kawanku Asyriel bersama rakan-rakannya telah berjaya menganjurkan majlis minum petang bersama anak-anak yatim dari Gombak di Oakleaf Club.


Gembira sungguh anak-anak kecil itu terutama semasa berkaraoke. Memang sporting habislah mereka ni.
Semuga mereka sentiasa merasa bahagia dan gembira walaupun tiada kedua orangtua bersama mereka.





Friday, September 14, 2012

Masak Lemak Pucuk Labu




500 gm pucuk labu
1 biji kelapa parut
2 1/2 cawan air
1 helai daun kunyit - disiat-siat
2 batang serai - dititik
1 biji kentang - dipotong 8
garam secukup rasa

Bahan tumbuk :
8 biji cili padi
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
4" kunyit hidup
2 sb udang kering

1.  Pucuk labu diambil daun, pucuk dan batang yang lembut. Batangnya disiat kulit luarnya yang agak berbulu. Daunnya perlu digesek supaya hilang bulu-bulu didaun itu dan daunnya menjadi lembut. 



2.  Kelapa diperah dengan 1 cawan air dijadikan santan pekat dan diperah lagi dengan 1 1/2 cawan air dijadikan santan cair. Ketepikan.

3.  Masukkan bahan tumbuk, sayur labu, kentang, serai dan santan cair ke dalam periuk.  Masak dengan api perlahan sambil dikacau selalu hingga mendidih.  Jangan sampai pecah minyak.

4.  Kemudian masukkan santan pekat, daun kunyit dan garam. Kacau lagi sampai mendidih tapi jangan sampai pecah minyak. Akhir sekali masukkan jus limau.  Kacau-kacau dan tutup api.





Thursday, September 13, 2012

Lemon Curd Pound Cake




200 gm planta/butter
1 1/4 cawan tepung gandum
1 st baking powder
3/4 cawan gula
1/3 cawan serbuk badam
2 sb sour cream
2 biji telur
6 sb lemon curd (resipi di sini )
2 st parutan kulit lemon
1/4 st garam
1/3 cawan badam/gajus cincang

1.  Ayakkan bersama tepung gandum dan baking powder.  Ketepikan.

2.  Pukul planta/butter dan gula hingga kembang.


3.  Masukkan telur satu persatu sambil dipukul lagi hingga sebati.

4.  Masuk sour cream dan parutan kulit lemon.  Gaul rata.


5.  Akhir sekali masukkan campuran tepung dan digaul rata hingga sebati.

6.  Sapu acuan dengan planta/butter dan alaskan acuan dengan baking paper.




7.  Ambil separuh dari adunan dan ratakan dalam acuan.  Kemudian dilapiskan dengan lemon curd dan dilapiskan lagi dengan baki adunan tadi.


8.  Akhir sekali taburkan dengan badam cincang atau hirisan badam.  Bakar pada suhu 180C hingga kekuningan.




Kway Teow Haufan



Bahan A :
3 keping kway teow kering - rendam dan toskan
6-7 biji cili padi - diketuk  (kalau nak pedas)
3 sb campuran bahan B
1 st minyak


Bahan B :
1 sb kicap pekat
1 sb kicap cair
1 sb sos tiram
1 st sos ikan
1 st gula

Masukkan semua bahan dalam periuk dan masak hingga pekat sambil dikacau-kacau.  Gunakan api kecil.  Ketepikan.


Bahan C :
3 cawan air rebusan ayam/daging
4 ulas bawang merah - ditumbuk 
1 ulas bawang putih - ditumbuk
2 pokok sawi
4" carrot
10 biji fish ball
 1 batang celery
2 biji telur
3 sb campuran bahan B
sedikit serbuk lada sulah
1 sb tepung jagung (kalau nak pekat)
1 biji cili merah - dihiris
2 pokok daun sup - dihiris
sedikit bawang goreng

1.  Panaskan minyak.  Masukkan cili padi,  kway teow dan 2 sb bahan B.  Gorengkan sekejap dan angkat.


2.  Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.  Masukkan air air rebusan ayam/daging.  Biar mendidih.


3.  Masukkan sawi, carrot, lebihan bahan B.  Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan tuangkan perlahan-lahan sambil dikacau kuah itu dalam bentuk bulatan agar telur itu nampak bertali-tali.

Kalau nak pekat, boleh masukkan bancuhan tepung jagung. 


3.  Tuangkan kuah itu atas kway teow tadi.  Taburkan dengan lada sulah, cili merah hiris dan bawang goreng.








Wednesday, September 12, 2012

Biskut Marmar Carries




250 gm planta
80 gm gula castor
150 gm tepung jagung
2 cawan tepung gandum

Untuk Icing:
1 biji putih telur
50 gm gula icing
1 sb tepung jagung
sedikit serbuk koko

1.  Pukul butter, planta dan gula hingga kembang.



2.  Masuk tepung jagung dan tepung gandum.  Gaul hingga menjadi doh yang lembut.  Kalau terlalu lembut, tambah sedikit tepung.



3.  Canai adunan jangan terlalu tebal nanti biskut tak masak dibahagian atas.  Terap ikut suka.




4.  Untuk icing :  Pukul putih telur dan gula icing hingga likat. Ambil 1 sb icing itu dan campurkan dengan serbuk koko.



5.  Sapukan icing putih atas biskut tadi dan lorekkan ikut suka 
dengan icing koko tadi.  Bakar 15 minit pada suhu 150C.  Mula-mula gunakan api atas-bawah dalam 10 minit.  Kemudian barulah digunakan api atas sekejap supaya icing putih menjadi kering.