300 gm mentega
160 gm gula ising
250 gm tepung gandum
160 gm tepung kastad
100 gm tepung jagung
2 biji kuning telur
1 st esen vanila
ceri/kismis/gula manik untuk hiasan
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Jika hendak gunakan gula halus, nanti kena tambahkan sedikit sukatan tepung jagung.
2. Masuk kuning telur. Kacau hingga sebati.
3. Masuk esen vanila dan ketiga-tiga tepung yang telah diayak.
4. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Bahagi adunan kepada 2 bahagian dan letak pewarna.
5. Paipkan adunan dengan acuan dahlia. Hias dengan ceri/kismis atau gula manik.
6. Bakar selama 15 minit pada suhu 160C.
No comments:
Post a Comment