3/4 cawan mentega
1/2 cawan gula
1 biji kuning telur
1 sb esen vanila
1 cawan tepung gandum
2 cawan tepung kastad
1. Kacau mentega dan gula hingga kembang. Sukatan gula itu boleh dikurang 1-2 sb kalau tak suka manis.
2. Masuk kuning telur dan gaul hingga sebati.
3. Masuk esen vanila diikuti dengan tepung gandum dan tepung kastad. Gaul hingga sebati dan menjadi adunan yang lembut.
4. Ambil sedikit adunan dan masukkan sedikit adunan ke dalam acuan semperit. Tekankan adunan itu memanjang di atas dulang dan dipotong 2" panjang atau ikut suka hati.
5. Susun kuih semperit itu atas dulang pembakar yang telah disapu dengan mentega ataupun dialas dengan baking paper. Kuih semperit ni boleh disusun rapat sebab ia tak kembang.
6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160C selama 15 minit.
No comments:
Post a Comment