Minggu pertama aku tinggal di unit apartment yang baru dibeli ni, aku dah mula rasa ada yang tak kena dengan rumah ni. Tapi untuk menyedapkan hati aku, aku hanya mengandaikan bunyi yang ku dengar ini datang dari jiran sebelah atau atas rumah aku. Bila aku refer kat staf maintenance bangunan, mereka kata unit-unit tu kosong.
Bila diamat-amati bunyi tu memang datang dari rumah aku. Nak tau tak apa bunyi tu? Bunyi orang membaling guli batu di atas lantai. Balingan itu berulang-ulang seperti orang sedang bermain guli. Bunyi tu pula tidak kira siang atau malam. Aku tak pula rasa takut atau seram. Cuma rasa rimas aje. Memekak.
Ada sekali tu anak saudara aku datang dengan anak dia berumur 3 tahun. Bila anak dia masuk dalam master bedroom dia kata "takut, ada hantu". Aku diam aje dan aku terfikir mungkin makhluk tu duduk situ. Patutlah pelik sangat bila lampu dalam bilik tu selalu terbakar; yakni bilik tu selalu terpaksa bergelaplah. Dari awal lagi aku memang tak suka duduk bilik tu. Aku jadikan bilik tu bilik tetamu.
Aku taklah ceritakan pasal bunyi tu pada anak saudara aku, bimbang dia takut pulak. Hal ini berlarutan hingga hampir setahun. Aku biarkan aje. Suatu hari tu aku dah tak boleh tahan. Apalagi ....angin meroyan aku dah tiba.......
"Hoi! Kau boleh diam tak? Rumah ni bukan tempat kau main guli lah. Aku nak kau keluar dari sini. Ni bukan tempat kau. Aku dah beli tempat ni. Kau tu berbeza alam dengan aku. Kalau kau degil, aku akan panggil pak kiai, memang mampus kau aku kerja kan. (eksen je ni, saje nk bagi takut makhluk ghaib tu).
Kau tak payah nak takut-takutkan aku. Aku tak takut kau. Aku hanya takut pada Allah. Aku tak akan keluar dari sini. Kau tu yang penakut sebab tu tak berani tunjuk diri (eceh...macamlah aku ni terer sgt, tapi serius cakap aku memang tak ada rasa takut langsung. Bengang lagi adalah)."
Masa aku jerit ni memang dengar dia tengah baling-baling guli. Lepas aje aku habis jerit, bunyi tu terus senyap. Aman sikit aku rasa.
Tup tup...dekat 2 minggu jugalah lepas tu....masa aku tengah tengok tv, aku dengar balik bunyi guli tu. Aku pun apa lagi...
"kau memang degil. memang mampus kau kali ni".
Aku tawakkal. Buat ikut apa yang aku rasa akan meninggalkan kesan...Aku terus ambil air sembahyang, aku baca Yassin 3x kat ruang tamu tu juga. Sejak tu, aku jadikan ruang tamu tu tempat sembahyang. Aku buat ni dengan niat. Aku buat sembahyang Tahajjud 12 rakaat 44 malam berterusan berserta dengan bacaan Yassin , 3x sekali baca.
Aku baca ayat Qursi 7x pada semangkuk air selama 3 malam Jumaat.
Dalam tempoh 44 hari tu sesekali je aku dengar bunyi guli tu. Aku tahu makhluk tu cuba mengertak aku. Lepas tu aku terhidu pula bau wangi harum semerbak dalam rumah aku aje. Baunya macam bau bunga kenanga ke cempaka ke, tak taulah. Aku cuba cari punca bau tu dan aku dapati bau tu datang dari satu sudut ruang tamu aku. Aku pun cakaplah pada makhluk yang tak nampak tu "jadi kat sini lah rumah kau ye. aku akan buat sampai kau berambus dari sini".
Berbalik pada air yang aku bacakan ayat Qursi tu, aku renjiskan keliling rumah aku. Malam tu masa aku baru terlena, aku rasa seperti ada orang tekan muka aku dengan bantal. Tiba-tiba aku rasa hati aku seperti bergaung sedang membaca Al-Fatehah. Bila aku buka mata, depan aku sedang berdiri seekor makhluk hitam berbulu sedang merenung aku, kemudian hilang. Subhanallah...ini bukan pengalaman pertama yang aku alami.
Aku teruskan juga amalan tahajjud tu sampai 44 malam. Malam terakhir tu masa aku tengah baca Yassin penutup, aku dengar bunyi-bunyi deraian guli dibaling di ruang tamu aku. Kali ni bunyi guli tu menggambarkan seolah-olah bentuk guli batu tu memang besar bentuknya dan banyak jumlahnya. Aku tahu makhluk tu marah aku.
Selesai bacaan Yassin penutup tu, aku pun berkata seolah-olah sedang bercakap dengannya "Aku tetap nak kau keluar dari sini dan jangan datang-datang lagi di sini. Dunia kita berbeza. Aku tak mahu berkawan pun dengan kau. Selagi kau tak keluar dari sini, selagi itu aku tak akan berpindah dari sini."
Selepas itu aku tak pernah lagi dengar bunyi-bunyi guli tu ataupun bau wangi yang pelik. Sehinggalah suatu hari tu aku upah kawan aku (tinggal kat tingkat bawah) pasang aircond. Bila aku cerita kat dia, dia kata kawasan apartment ni dulu kawasan setinggan cina. Aku kata mungkin yang ganggu aku tu bunian kafir kot.
Aku tinggal di unit tu selama 4 tahun. Aman dari gangguan-gangguan yang pelik. Kemudian lepas tak tahan dengan bunyi bising dan hiruk-pikuk dibuat oleh jiran aku, aku ambil keputusan untuk tinggal di unit satu lagi yang aku biarkan kosong sejak beli dulu. Alhamdulillah, tak ada apa-apa masalah di unit ni. Aku akan terus tinggal di sini kecuali kalau ada orang yang berminat nak membelinya. Unit lama tu dah ada orang sewa.
No comments:
Post a Comment