Dah tengok tajuk kan?
Jangan gelak. Jangan gelak.
Ni bukan segmen lucah k
Ni bukan segmen lucah k
Ni untuk suka-suka je
Hari tu masa aku borak-borak dgn kawan aku
Adalah sorang ni dia buka cite bab punggung pulak
Apalagi macam2 cite lah yang terkeluar
Tapi tak salah kalau nak bercerita bab ni kan
Semua orang ada punggung
Ada macam-macam saiz kan?
Hahahaha....
Yang kecik, yang besau, yang leper, yang ternaik tinggi
tu je lah yang kami tau.
Aku masih ingat lagi ada sorang abang aku ni (tak yah lah sebut nama)
Dia pernah kata jenis punggung aku ni mat salleh suka
Masa tu umur aku dalam 20an
Aku tak faham apa yang dia maksudkan
Dan aku pun tak tanya lebih lanjut
Sekarang ni baru aku tahu
Grrrrrrr
Jahat betul abang aku tu.Kami pun cubalah google isu punggung ni
Dan kami dapat artikel ni dari sini
Biar aku kongsikan di sini
Punggung Bulat
Seseorang yang mempunyai punggung yang bulat adalah seorang yang berjiwa kental, idealistik, periang, bersemangat, bijak mengawal perbelanjaan, suka bersosial dan mudah bergaul dengan sesiapa sahaja. Cekal mengharungi segala cabaran hidup samada baik mahupun buruk.
Punggung Seimbang
Paha dan punggungnya seimbang. Tidak terlalu besar. Tidak terlalu kecil. Tidak terlalu bulat.. Tidak terlalu rata. Seseorang yang mempunyai punggung seperti ini dikatakan seorang yang tenang dan pemurah. Bakal ibu dan bapa yang baik. Seorang ibu yang sangat penyayang. Seorang bapa yang jelas pemikiran ke mana hala tuju keluarganya dan sangat berjaya dalam kerjayanya. Perjalanan hidup teratur tanpa banyak masalah dan stabil.
Punggung Tinggi
Punggung tinggi ke atas. Orang ini dikatakan mempunyai daya seks yang sangat tinggi. Sangat disukai ramai. Tidak kisah dengan kata-kata negative orang lain. Hatinya tidak mudah sensitif dengan kata-kata yang diluahkan orang lain. Suka berseronok. Orang ini suka membuat sesuatu mengikut hati dan perasaan bukan fikiran menyebabkannya sukar mendapat status tinggi dalam masyarakat.
Punggung Besar
Pemilik punggung besar dan paha besar seorang yang romantic, subur dan sihat. Penuh rasa cinta. Sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita.. Ceria, pemurah dan bijak menguruskan hal ehwal kewangan. Baginya tiada yang mustahil. Segalanya boleh diatasi. Jenis “no problem”.. Sentiasa mengukur kejayaan diri dengan jumlah harta dan wang yang mampu dikumpulkan.
Punggung Rata
Punggungnya rata atau hampir samarata dengan badan. Ia melambangkan empunya diri yang lurus, bijak dan terlalu idealistik. Tidak pandai mencari peluang berniaga. Jika perempuan, ia dikatakan tidak subur dan tidak mempunyai anak lebih dari satu. Tidak mempunyai perancangan masa depan yang jelas. Terlalu berserah kepada keadaan tanpa ada insiatif untuk memajukan diri.
No comments:
Post a Comment