Friday, December 17, 2021

Biskut Krispi Lapis Gula



Bahan A : 
100 ml air sejuk
1 biji telur
1 st cuka
1 st garam

Bahan B :
400 gm tepung gandum
220 gm butter

Bahan C :
1/2 cawan gula perang kasar

1.  Satukan Bahan A.


2.  Gaul dan ramas Bahan B.


3.  Masukkan Bahan A sedikit demi sedikit ke dalam B sambil diuli hingga menjadi doh yang lembut.  Simpan doh itu dalam peti sejuk dalam 30 minit.


4.  Taburkan sedikit tepung atas pencanai.  Canaikan doh tadi empat segi memanjang.  Taburkan gula perang merata diatas permukaan doh itu.  Kemudian lipat 3.


5.  Canai lagi seperti tadi dan tabur lagi gula perang diseluruh permukaan doh itu.  Kali ini lipat 4 dan canai lagi.  Kemaskan bentuk 4 segi memanjang itu.


6.  Sapukan sedikit air sejuk di atas permukaan doh itu dan tabur lagi gula perang.  


7.  Potongkan doh itu 1/2" x  3 1/2".  Susun atas dulang pembakar yang telah dialas dengan baking paper.  Boleh ditambah taburan gula itu supaya lebih menarik selepas dibakar.


8.  Bakar pada suhu 200C lebih kurang 20-25 minit.




Friday, December 10, 2021

Ikan Bawal Sambal Penyet



Bahan A :
1 ekor ikan bawal
sedikit garam dan serbuk kunyit

Ikan bawal dibersihkan dan dikelar-kelarkan.  Kemudian digaram-kunyit dan digoreng hingga garing.  Toskan.


Bahan B :
1 pokok salad
1 biji timun
1 keping tempe

Salad dibersihkan.  Timun dihiris.  Tempe dihiris nipis, ditabur sedikit garam dan digoreng garing.  Toskan.


Bahan C :
Sambal Penyet
Sup jernih (tak buat)

Resipi sambal penyet boleh lihat disini
Sup jernih ni yang simple ni hanya didihkan air rebusan ayam bersama garam, perasa ayam maggi, celeri dan daun bawang.  





Friday, November 26, 2021

Kek Planta Marble Lorek Atas



2 cawan tepung gandum
1 st baking powdwr
1/4 st garam
1 cawan planta
1 cawan gula halus
4 biji telur
1 st esen vanila
1 sb susu pekat
sedikit pewarna unggu & hijau

1.  Ayak tepung gandum, baking powder dan garam.  Ketepikan.
2.  Pukul planta dan gula hingga kembang.
3.  Masuk telur sebiji demi sebiji sambil dipukul hingga sebati.
4.  Masuk pula esen vanila dan susu pekat.  Pukul lagi.


5.  Asingkan 1 cawan dari adunan itu dan dicampurkan dengan pewarna unggu.  1 sb dicampurkan dengan pewarna hijau.
6.  Sapukan planta dalam acuan saiz 7" dan alas dengan baking paper.  
7.  Letak 2 sb adunan asal di tengah acuan.  Letak pula 1 sb adunan unggu ditengah adunan asal itu.  Cucukkan sikit dengan sudu atau hentak perlahan acuan itu supaya adunan itu rata lapisannya.  Ulang cara itu hingga selesai.  Tapi tinggalkan dalam 1/2 cawan adunan asal dan 1 sb adunan unggu.


8.  Kemudian masukkan perlahan baki adunan asal itu merata diatas permukaan marble tadi.  Ratakan dengan sudu atau spatula.
9.  Akhir sekali ambil pencungkil gigi atau chopstik dicecahkan pada adunan unggu dan lorekkan corak bulatan atas permukaan kek itu supaya nampak macam corak bunga atau ikut kreativiti sendiri.  Manakala adunan hijau tadi dilorek bentuk daun atau ikut corak sendiri.


10.  Bakar kek pada suhu 150C selama lebih kurang 50 minit atau hingga kek masak.  Kek ini sememangnya kena masak dengan api perlahan dan agak lama.  Kalau tak hendak permukaan kek terlalu kuning kecoklatan, boleh tutup dengan lapisan aluminium foil.




Saturday, November 13, 2021

Kek Marble Planta



2 cawan tepung gandum
1 st baking powder
1/4 st garam
1 cawan planta
1 cawan gula halus
4 biji telur
1 st esen vanila
2 sb susu pekat
sedikit pewarna biru

1.  Ayak tepung gandum, baking powder dan garam.  Ketepikan.
2.  Pukul planta dan gula hingga kembang.
3.  Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul hingga sebati.
4.  Kemudian masukkan esen vanila dan susu pekat.  Pukul lagi hingga sebati.
5.  Ambil 1 cawan dari adunan kek itu dan dicampurkan pewarna biru.
6.  Sapukan acuan kek bersaiz 7" dengan planta.  Alaskan dengan baking paper.  Masukkan adunan itu berselang warna dan dilorek-lorekkan.  Bakar kek pada suhu 160C selama 50 minit.





Friday, October 29, 2021

Roti Goreng Peanut Butter



3 keping roti gardenia
Peanut butter secukupnya
Susu pekat secukupnya
2 biji telur
minyak untuk menggoreng

1.  Roti gardenia dibuang bahagian tepinya dan dipotong 4.
2.  4 keping roti itu disapu dengan peanut butter dan lagi 4 keping disapu dengan susu pekat.  Manakala 4 keping lagi dibiarkan kosong.


3.  Sekeping roti peanut butter dikapitkan dengan sekeping roti kosong dan dikapit lagi dengan sekeping roti susu.  


4.  Telur dipukul sedikit bersama secubit garam.
5.  Celupkan roti itu ke dalam telur dan goreng roti itu dalam miya panas.




  

Monday, October 11, 2021

Salad of The Day



4 keping tauhu
1 pokok daun salad
sedikit tauge - dicelur dan toskan
minyak untuk menggoreng tauhu

Sos :
1/2 cawan cili kisar
4 biji cili merah
2 ulas bawang putih
1 sb asam jawa
air anggaran 3/4 cawan
garam dan gula secukup rasa

1.  Panaskan minyak dan goreng tauhu hingga garing.  Sejukkan dan potong dua.  Belahkan sedikit bahagian tengah tauhu itu.  

2.  Sumbatkan sekeping daun salad ke dalam belahan tauhu itu bersama tauge.

3.  Untuk membuat sosnya, kisarkan cili kisar bersama cili merah dan bawang putih.  Kemudian masukkan dalam periuk bersama perahan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa.  Masak hingga mendidih dan agak pekat.

4.  Masa nak makan, tuangkan sos itu diatas salad itu.




Brazilian Lemonade



6 cawan air sejuk
1 cawan gula halus
2 biji limau nipis
1/2 cawan jus limau nipis
1/2 cawan susu pekat

1.  Masukkan 3 cawan air sejuk ke dalam blender.  Masukkan sekali bahan lain dan kisarkan hingga nampak berbusa.


2.  Baki 3 cawan air sejuk tadi dimasukkan ke dalam jug.  Tuangkan jus yang dikisar ke dalam jug itu dan kacau hingga sebati.


3.  Kemudian bolehlah dihidangkan.  Deko lah ikut suka.




Sunday, October 10, 2021

Cucur Maggi



Bahan A :
1 paket maggi kari
500 ml minyak untuk menggoreng

Bahan B :
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
3 batang isi ketam - dipotong 1" panjang
1 tangkai daun sup - dihiris
3 biji cili padi - dihiris
1 tangkai cili kering - dihiris
1/2 biji bawang besar - didadu kasar
1 biji telur
garam secukup rasa
1/4 cawan air

1.  Maggi direndam hingga lembut dan diuraikan.  Toskan.




2.  Satukan semua bahan B.  Gaul perlahan hingga rata.  Akhir sekali masukkan serbuk kari maggi.  Tambah cili kering jika nak lebih pedas.


3.  Panaskan minyak dan goreng seperti cekodok biasa hingga garing.




Friday, October 8, 2021

Ubi Kayu Salut Maggi



Bahan A :
1 batang ubi kayu yang lurus
1 paket maggi kari
1/2 paket serbuk maggi kari
700 ml minyak untuk menggoreng

Bahan B :
1/2 cawan tepung gandum
1/2 paket serbuk kari maggi
air secukupnya
garam secukup rasa

1.  Ubi kayu dipotong dalam 5" panjang dan dibelah 4 bahagian.  Maggi direndam agar lembut sedikit supaya boleh dilerai.



2.  Satukan Bahan B.  Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga menjadi adunan yang pekat.


3.  Panaskan minyak.  Celupkan potongan ubi kayu ke dalam adunan tepung.  Ubi kayu itu tidak perlu direbus terlebih dahulu.  Salutkan pula untaian maggi sekelilingnya dan masukkan ke dalam minyak panas tadi.  Goreng hingga kekuningan.



4.  Taburkan sedikit serbuk kari maggi di atasnya.  Makan semasa panas.  Rasakan kerangupan dibahagian luarnya dan kelembutan ubi kayu dibahagian dalamnya.




Saturday, September 25, 2021

Nasi Goreng Macam-macam eh..



Bahan nasi goreng :
200 gm nasi sejuk
2 ulas bawang putih
3 uas bawang merah
1 cawan hirisan kobis
1-2 cubit cili flakes
1 sb kicap
garam secukup rasa

Topping :
2 keping fish cake
1 biji kentang
2 biji telur
5 biji cili padi
1/2 cawan minyak
sedikit bawang goreng

1.  Kita sediakan toppingnya dulu.  Panaskan minyak.  
2.  Fish cake dihiris dan digoreng.  Asingkan.
3.  Kentang dihiris nipis dan digoreng dalam minyak yang betul-betul panas supaya cantik garingnya.  Toskan.
4.  Telur dipukul sedikit dengan sedikit garam dan serbuk lada sulah.  Tuangkan dalam minyak panas dan digaul hancur hingga garing sedikit.  Asingkan.



Kemudian kita buat nasi goreng pula :
1.  Bawang putih dicincang kecil dan bawang merah dihiris.  
2.  Panaskan 2 sb minyak dan tumis bawang putih dan bawan merah tadi hingga naik bau.
3.  Masuk nasi sejuk.  Gaul-gaulkan hingga rata.
4.  Taburkan kicap, cili flakes dan garam.  Gaul rata.
5.  Akhir sekali masuk kobis.  Gaulkan dan masak sekejap.  Tutup api.


Cara hidang :
1.  Letak nasi goreng dalam pinggan.  Terpulang ler nak letak macam mana pun.  Nak lambak ke nak bentuk dalam mangkuk ke, suka hati.
2.  Lepas tu letak ler atas nasi goreng tu telur hancur dan semua bahan topping tadi.  

Selamat mencuba dan menjamu selera.




Monday, September 6, 2021

Nasi Goreng Terung Pipit



200 gm nasi sejuk
1 cawan terung pipit
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1/4 cawan ikan bilis
2 sb cili kisar
1 tangkai daun bawang
2 sb minyak untuk menumis
garam secukup rasa
sedikit bawang goreng

1.  Terung pipit direbus hingga betul-betul empuk dan toskan.  Bawang putih dan bawang merah dihiris.  Daun bawang juga dihiris.

2.  Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah serta ikan bilis hingga kekuningan.

3.  Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga garing.  Masukkan telur, terung pipit dan biarkan seketika.  Kemudian gaulkan hingga telur hancur.

4.  Kemudian masukkan nasi dan gaul rata.  Masak lagi dalam 5 minit dan masukkan garam.  Gaul hingga sebati.

5.  Bila menghidang, taburkan daun bawang dan bawang goreng.