Adakah anda tahu latar belakang Attahiyyaat serta mengapa kita baca dalam solat kita?
Attahiyyaat adalah doa yang sangat penting. Kita mengulanginya di dalam solat harian kita. Apabila saya mendapat tahu akan kepentingan ini, amat tersentuh hati saya.
Attahiyyaat sebenarnya adalah sebahagian daripada perbualan antara Pencipta kita Allah swt dan yang kita kasihi Nabi Muhammad saw semasa perjalanan Isra' Mikraj. Ketika Nabi Muhammad saw, dia tidak berkata 'Assalamualaikum'. Apakah yang seseorang akan berkata apabila dia bertemu Allah? Kita tidak boleh mengucapkan selamat sejahtera kerana semua sumber kesejahteraan adalah melalui Dia.
Jadi Nabi Muhammad saw berkata : 'Attahiyyaatul Mubaaraka tus solawatut toyibaatulillah' (segala pujian, segala doa dan ibadah hanyalah untuk Allah)
Allah jawab : 'Assalamu alaika ayyuhannabiyyu warahmatullahi wabarakatuh' (salam sejahtera ke atas kamu, wahai Nabi dan Allah memberi rahmat dan keberkatan)
Untuk ini, Nabi Muhammad saw menjawab : 'Assalamualaina waala ibadillahissolihin' (selamat sejahtera kepada kami dan kepada semua hamba yang baik kepada Allah)
Dan mendengar perbualan ini antara Allah dan Rasul Nya, param malaikat berkata : 'Ash hadualla ila haillallah waashhaduanna Muhammadun abduhu wa rasuuluh' (aku bersaksi bahawa tiada siapa yang berhak disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul Nya)
Subhanallah..
wallahuallam..
Benarkah keterangan di atas?
Jawapan dari Ustaz Zulhasni Mat Resat : Kisah ini ada disebutkan dalam tafsir al-samarqandi (tafsir surah al-baqarah ayat 285) dan tafsir al-tha'labi (tafsir surah al-isra' ayat 1).
sumber : madrasah sunni online.
No comments:
Post a Comment