Kentang Goreng Oats
2 biji kentang russet
2 cawan quaker oats
2 biji telur
2 sb tepung jagung
sedikit serbuk lada sulah
garam secukup rasa
1. Kentang dipotong baji. Rebus kentang bersama garam hingga separuh masak dan toskan. Telur dipukul sedikit bersama serbuk lada sulah dan garam.
2. Kentang digolekkan dalam tepung jagung. Lepas itu kentang itu dicelupkan ke dalam telur. Kemudian digolekkan dalam oats.
3. Panaskan minyak. Gorengkan kentang itu hingga kekuningan dan toskan.
No comments:
Post a Comment