1 1/4 cawan peanut butter
1/2 cawan shortening
3/4 cawan brown sugar
3 sb susu pekat
1 sb esen vanila
1 biji telur
1 cawan tepung gandum
1/4 st garam
1/4 st baking soda
1. Satukan peanut butter, shortening, brown sugar, susu dan esen vanila. Pukul hingga berkrim.
2. Masuk telur dan pukul lagi hingga sebati.
3. Kemudian masukkan tepung yang telah diayak dengan garam dan baking soda. Masukkan sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh.
3. Ambil sedikit adunan. Bulat-bulatkan dan tekankan dengan garfu. Besar mana nak buat biskut tu, ikut suka anda.
4. Susun biskut atas dulang yang telah dialas dengan baking paper. Bakar biskut pada suhu 150C selama 10 minit atau hingga masak.
No comments:
Post a Comment