Wednesday, July 31, 2019

Tepung Boko Ubi Kayu




A)  Cara membuat boko ubi kayu

500 gm ubi kayu
1 cawan gula merah
1 cawan air
2 helai daun pandan







1.  Ubi kayu diparut halus.  Lepas itu perahkan bagi membuang air kanjinya.  

2.  Masukkan gula merah, air dan daun pandan ke dalam periuk.  Masak hingga gula larut.  Lepas itu tapiskan dan masukkan semula kuali atau periuk besar.  




3.  Kemudian dimasukkan ubi kayu parut tadi.  Gaulkan hingga rata.  Boleh tambah lagi gula merah atau gula pasir bagi sesuaikan rasa manisnya.  Masukkan adunan itu dalam loyang atau apa-apa bekas dan kukuskan lebih kurang 15 minit.  



Untuk tahu ia sudah masak atau belum, boleh dicucukkan dengan garfu yang bila ditarik keluar akan adunan tidak melekat atau lihat warna adunan sudah sekata keseluruhannya.  Adunan ini sememangnya lembik.  Ia tidak keras seperti kuih talam.



B)  Cara membuat kepala santan

1 biji kelapa atau 200 ml santan kotak
2 cawan air
3 sb tepung beras
1 sb gula pasir
1 st garam
1 helai daun pandan

1.  Campurkan semua bahan dan digaul rata sehingga tidak berketul.  

2.  Kemudian barulah dimasak atas api perlahan hingga pekat.



3.  Akhir sekali tuangkan santan itu ke atas boko ubi kayu semasa hendak dimakan.  Kalau menggunakan acuan kecil-kecil boleh dituangkan terus di bahagian atas boko ubi kayu itu.



Kredit resipi asal : Zaiman Zakaria

No comments:

Post a Comment